Error 404

by 10:30 PM 3 komen
Hai dan assalamualaikum. Skema gajah.

#1 Aku pernah bagitau tak aku beli telefon baru? Muehehe. Sony Xperia C3. Best camera for selpie katanya kat iklan. Kisahnya Samsung Galaxy Young (mudahnya: Young Kuning) yang abah bagi untuk SPM aku tahun lepas dah selamat innalillah dalam lubang jamban. Tskkk. Elok masa aku kalut-kalut nak kejar waktu maghrib.

Lokasi kejadian: Giant Nilai.

Serius masa tu weng habis rasanya. Dalam kepala dok fikir camane lah nak date besok kalau taliponnya gini gayanya? Lepas telefon jadi macam tu, budak-budak yang sekali dengan aku kat Giant ni pulak lesap semuanya. Dalam lima kali jugak aku tawaf Giant tu cari muka-muka yang aku kenal. Jalan konon watlek je dengan muka mono tapi otak serabai habis. Last-last bila nampak one of them tengah bayar kat kaunter, alhamdulillah berkali-kali!

Cerita di sebalik tabirnya, aku memang dah plan nak keluar esoknya tu dengan both kakak aku. Plan nak balik Johor, rumah mak cik. Dan dalam plan tu, memang terselitlah plan nak beli fon baru. Dan mungkin sebab banyak kali sangat aku hina/kutuk/cerca beliau, finally beliau tinggalkan aku.Tsk.

Tak rancang pun nak C3 ni. Dan aku tak rancang nak yang mana-mana pun exactly. Sebab aku buta bab ni. Yang aku tahu, aku nak yang puas hati, bukan beli untuk tukar pulak tahun depan, huuu. Tidak-tidak. Aku bajet seribu nak kasi lepas semua. Amek portion of duit royalti. Haha. Termasuk powerbank. Cheeet. Ingatkan lepaslah. Sekali masuk kedai, try yang ni, terus tangkap cintan. Hakikatnya second time fall in love lepas Sony Z. Tapi kalau nak Z memang lari bajet terus ah kakaka.


RM1050. Part bestnya aku first buyer kat sini. Hoho. Apek tu tersangatlah kiut miut. 
Katanya "You bagilah nama FB you nanti I add."
Kami gelak je tapi ingat memang nak mintak dia punya FB tapi lupa sebab banyak sembang je. Dan banyak selpie je. Sampai baki satu ringgit pun lupa nak ambik.

Kena topup duit saving pulak lagi RM50. Dan powerbank tu dah sah-sah duit savinglah. 


PN999 20k mAH. Ori 100% warranty setahun.

Beli telefon baru, powerbank pun nak kena jugak? Wajib ke?

Tak wajib, tapi bagi aku perlu.

Perlu as in PERLU. Bukan perlu sebab ikut trend jalan pegang powerbank kat tangan. Celik mata anda ye. Orang beli something ada sebab, biarpun benda tu jadi trend masa tu. Yang memang motip ikut trend tu biaq pi lah mereka. Emo. :')

=)

#2 Aku kat sini dah dekat 2 bulan. And guess what.

Minggu kedua pergi rumah CikNgah kat Masai, Johor. Rujuk cerita atas.  Pergi petang sabtu lepas habis kelas Silat, sampai tengah malam.

Dari USIM ambik prebet USIM [aku sendiri wonder kenapa mereka gearkan diri mereka prebet? just sebut servis penghantaran kan senang? uuuu] ke KTM Nilai, ambek KTM Nilai pergi Seremban. Naik bas kat Terminal 1 straight menghala ke Larkin. Aku ingat sejam dua je, sekali berjam-jam. Naik bas pukul 5, pukul 9 malam baru sampai.

Sampai je Pok Su Mat bawak kami lepak kat kedai makan CikNgah sampailah tengah malam. Esoknya baru plan nak pergi Taman Layang-Layang ke, Danga City Mall nak beli telefon and baru balik. Tapi harapan je. Bajet nak joging kat Taman Layang-Layang tapi lepas subuh semua tumbang balik. Cuma sempat pergi beli telefon je. PokSuMat jadi pengiring kami. Tanpa CIkNgah, tanpa suara anak-anak dia yang havoc. Huuu. Lepas beli telefon terus kami pecut ke Stesen Bas Larkin, naik bas sampai kat KTM Seremban. Tapi masalah. Ambek taxi balik USIM. RM50 kau. -_- Kopak. Sampai USIM pulak dah lepas 12 tengah malam. Nasib lepas jugak masuk. Dan malam tu tidur kat surau KK1. Kesian dekat roomates aku kalau both kakak aku masuk tidur dalam bilik jugak, kata kakak aku. Haha. 

Esoknya pergi kelas dengan tak bersemangat sebab teringatkan percutian yang tak jauh sangat tu. Kak Uteh kata cakap telefon dengan CikNgah, CikNgah kata, "Semalam baru je rasa ramai orang kat rumah. Bangun pagi kalut nak memasak. Bercakap pasal plan nak pergi mana pun teriak-teriak je sebab sorang kat dalam bilik, sorang kat dapur. Tapi pagi ni sunyi balik." Haaadesh. Aku pun jadi sayu jugak.

#3 Minggu ketiga, lepak UIA Gombak. Kalau minggu lepas tak risau sangat sebab kakak aku yang datang USIM naik motor, baru kami gerak sekali pergi mana-mana. Kali ni aku sendiri yang pergi. Jadi lone ranger. Ambek prebet pergi KTM Nilai, dari KTM Nilai beli tiket ke KL Sentral, kat KL Sentral baru tukar ambik LRT pergi Gombak. Kat Gombak tu baru Kak Uteh datang ambik aku pergi UIA. Kat Gombak masa tu hujan lebat, aku pun terkejut. Elok je panas terik tetiba masuk Gombak hujan lebat. Redahlah kami dalam hujan naik motor tu. 

Aku bagitau Kak Uteh, "tak pergi memana pun tak apa. Lepak bilik je. Kalu Kak Uteh ada kerja pun ore dok kat bilik jah." 

Seriously tersangat kesian kat diri sendiri. haha. Hakikatnya aku nak keluar dari pagar USIM je. Boring.

Tapi malamnya Kak uteh bawak jugak aku round Uptown Danau Kota. Singgah makan kat restoran. ABC yowww. Kat Kelantan lagi aku kempunan. Makan share je pun tapi rasa heaven gila. Sebab mood homesick tak hilang lagi.  Pagi esoknya lepak Taman Layang-Layang. Manfaatkan best camera for selpie ni. Lain-lain masa, aku lepak blik Kak Ngah. Lepak sambil buat kerja arab. Baca hasil perbincangan kat group wassap. Mithali sangat bawak kerja pergi jenjalan kan. -_-

#4 Minggu keempat, Kak Uteh wassap kata CikNa ajak balik rumah dia weekend tu. Kat Sungai Tengi, hulu Selangor. Aku, apaaaalah lagi. Peluang keemasan tu. Never say no. Tersangat rindu kat those Imans. Tapi CikNa kata nak ambik kitorang kat UIA Gombak. Sebab USIM is agak jauh. So aku ulanglah balik jadi lone ranger dari KTM Nilai sampailah UIA sendiri. Kali ni sampai Gombak aku kena ambik bas sendiri masuk UIA. Kak Uteh ada kelas. Kak Ngah tunggu kat bus stop je.

Kat sana memang tak payah cakaplah. Sebab she is Cik Na dan her husband Ayah Mie. Both of them langkah panjang. Ada je plan nak ke situ nak ke sini. Malam tu kitorang makan kat restoran yang sama aku dengan kak Uteh makan minggu lepas. Diorang panggil tempat tu kubur. Tak. Tahu. Kenapa. 

Singgah makan situ pun sebab aku dengan Kak Uteh je yang boleh balik rumah CikNa. Kak Ngah ada kerja. So makan tu tujuan utama nak bawak Kak Ngah je. Dan both pakcik makcik aku tu memang gaya mengidam mee celup siam sangat dah. So tu je tempatnya. Lepas makan siap tapau lagi.

Pagi esoknya bangun pagi-pagi nak kena hantar Tok Mek naik bas kat Tg Malim. Balik Kelantan sebab ada appointment mata. Lepas tu pergi apatah nama tempatnya, Taman Tasik Proton City? Terrrsangatlah cantik tempatnya!


 The Menteri Fasola.












And this is her family.



Esoknya lagi tak ke mana-mana. Cik Na as JM kat situ kena turun kat dewan Felda tu sebab ada event. Tapi sempat jugak dia kerah kami suruh turun sekali. Tu yang boleh ada nombor-nombor kat belakang telefon aku tadi tu. Ngeee. Nombor cabutan bertuah aku, Kak Uteh, Ayah Mie dan Cikna. Seorang lagi tak ingat siapa, tolong pegangkan. Dan antara semua tu tiga kali nombor kami dipanggil. Hoho. First aku, kedua Cik Na, last Ayah Mie yang naik. Semua hamper. Sakann.

Petang tu baru CikNa ajak Ayah Mie bawak kami mandi air terjun dalam kawasan tu jugak. Kan aku kata, mereka ni, langkah panjang. Walaupun tengah pregnant, tetap aktif. Haha. Lepas tu takde buat apa, lepak rumah je. Buat kek batik dan bawak kek tu balik USIM. Sebekas untuk aku sebekas untuk Kak Uteh and Kak Ngah. Balik UIA mereka yang hantar. So malam tu aku tidur kat UIA lagi, haha. Pagi Isnin tu baru naik LRT balik Nilai. 

#5 Minggu kelima, balik cuti raya haji. Kakaka.Raya kedua kat pantai. Sadis.


#6 Okey. Yang ni rehat. Layan kebosanan kat bilik. Bukan nak rehat sangat tapi tak tahu nak kemana. Sebab both kakak aku kat Kelantan lagi. Tengah menikmati cuti lagi. 

Roommates selalu bahankan aku sebab selalu keluar hujung minggu, tinggal diorang.

Aku: Dah orang ajak lepak luar takde yang nak. Sebab tu la orang pergi yang jauh.
Mereka: Pergi mana Mimi, pergi mana?
Aku: Dataran Nilai? KFC? Everywhere lah janji keluar.
Mereka: (gelak) Tak ada maknanya nak jalan-jalan kat Dataran Nilai.
Aku : (ikut gelak) Bolehlah dari tak ada. Korang tak rasa boring ke, terperap dalam pagar USIM ni? Seriously, dok dalam bilik rasa sakit kepala sangat.
Mereka: Amboiii... baru duduk asrama sebulan dah pandai boring. Kami duduk asrama sejak form  takdak nak boring-boring aih... hang baru sebulan dah nak membebel.

Kemudian, sengih je. Memang kalah lah kalau nak compare dengan pengalaman mereka sejak form1.

#7 Sebenarnya motif entry ini apa? 

Biar aku jawab.

Motipless. 

Semalam aku gigih bukak laptop nak cari assignment kat GOALS, tapi line buat hal. Kemudian melencong tengok movie. Lepas tu tak mengantuk lagi, layan cerita kat blog pulak. Aku takkan tidur kecuali mengantuk, letih sangat, boring sangat. Semalam aku mengalami perasaan sayang-nak-tidur-rasa-banyak-kerja-boleh-buat, sebab tu pukul tiga pagi pun tak tidur lagi. Akhirnya, lepas subuh tadi aku tumbang balik. Ingat pukul 8 setengah nak bersiap pergi silat. Sekali bangun dah 9:15. Missed kelas silat. Aku rasa nak nangis. Bila kau melalui satu hari yang fully rasa takde kerja apa nak buat, dan tengah excited nak pergi silat esoknya, tetiba tak jadi pergi atas sebab yang tak munasabah, TERLAJAK TIDUR serius rasa sakit hati sakit kepala sedih sedih sedih gila! 

Jadi wujudlah entry merapu meraban cerita hikayat hidup ni.

Kbai.

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

3 comments:

  1. Akak pun dah terikut bace entry yg merapu lagi meraban ni....hehehe
    Jauh perjalanan luas permandangan...#^_^

    ReplyDelete
  2. Seriously kak... Xsangka bkk belog nmpk ada org komen kat n3 nh. N3 merapu kot hahaha. Tp xleh deny ah mmg rasa dpt byk ilmu dok buat mcm tu... Kalau x terperap je dlm bilik...huhu

    ReplyDelete