Cerita Antara Kita 14

by 10:32 AM 6 komen


                Loceng kafe berbunyi dua kali. Serentak Ziad dan Anis berkalih pandang. Haaa... dah sampai pun.

                “Nis, Abang Rif mana?” Raina pandang kedua-duanya.

                “Ada tu, kejap orang panggil.” Anis menghilang ke dalam.

                Raina sabar menunggu. Tinggal Ziad saja di kaunter itu. Pandangan Ziad yang menghala ke arahnya dari dia masuk tadi dibuat tak sedar. Jari-jemari leka mengetuk meja kaunter, mengisi masa. Tak lama, muka Rifqi terjengul di muka pintu. Kali ni tanpa apron dan cap di tubuhnya. “Abang Rif!” panggil Raina cepat. Laju dia menapak mendekati Rifqi.

                “Kelas dah habis ke?” tanya Rifqi sekadar menyapa.

                “Dah, orang call kenapa tak angkat?”

                “Abang buat silent mode tadi, tak sedar Cha call.” Rifqi menjawab dalam suara lemah. Kaki menapak perlahan mendekati meja yang kosong di sudut kafe itu.

                “Demam ke?” tanya Raina dengan muka kasihan. Kerusi kosong ditarik buat Rifqi. Rifqi Cuma senyum, tanda ucapan terima kasih.

                “Mana tahu?”

                “Orang call Anis tadi.” Iyelah, lepas Miss Khadijah keluar dari kelas tadi, baru dia perasan ada mesej yang masuk ke nombornya tanpa dia sedari.

                Abang Rif demam... =(

                Mesej dari Anis. Lepas tu cepat-cepat dia bagitahu pada Fira, mahu ke kafe, menjenguk Abang Rif. Dan Fira laju aje mengangguk, tanda dia tak apa-apa berjalan sendiri. Dalam perjalanan itulah dia telefon Anis, tanya keadaan Abang Rif. Baru dia sudah bercakap dengan Anis, ada nombor asing yang memanggilnya. Cepat dia tekan punat reject. Orang tengah kalut ada jugak yang nak buat crank call.

                 “Hm...” Rifqi mengangguk lemah. “Balik dengan Raiq ke nanti?”

                Raina mengeluh lemah. Soalan Rifqi dibiar tak berjawab. Terkebil-kebil matanya memandang raut lemah Rifqi. Kesian. Tangannya naik menyentuh dahi Rifqi, panas! Tapi tak lama bila Rifqi sendiri menepis.

                “Cha...” tegur Rifqi perlahan.

Raina mencebik. “Orang nak rasa dahi tu ajelah...”

Rifqi diam tak menjawab.

“Ni dah makan ubat ke belum ni?”

Rifqi masih diam. Cuma menyandar saja di kerusi itu. Raut Raina dengan rambut panjang yang dilepas bebas itu dipandang. Raina memang cantik, tapi kalau dia tutup apa yang patut dia tutup itu, pastinya akan jadi lebih cantik nanti. “Bila Cha nak ikut permintaan abang ni?” soalnya pendek.

“Abang Rif...” meleret suara Raina menyeru namanya. “Jangan nak tukar topik. Dah makan ubat ke belum ni?”

Rifqi mengeluh. Dah agak, mesti beginilah responnya. Sebelum ni bukan tak pernah diberitahu, malah sudah berkali-kali, tapi cuma dibalas dengan gurauan oleh Raina. Dan dia sebagai orang luar, walau serapat mana pun hubungan mereka, tetap tak ada hak ke atas Raina. Yang dia mampu buat, cuma menyampaikan sajalah. Mudah-mudahan suatu hari nanti terdetik juga niat suci itu di hati Raina.

“Abang Rif.” Panggil Raina lagi, kali ni agak meninggi.

Akhirnya Rifqi menggeleng.

“Tengok. Dah tau antibodi dia tu lemah, jarang boleh demam, bila demam sekali-sekala ni rajinkanlah diri tu makan ubat.” Raina dah mula membebel.

“Abang tak ada seleralah Cha.”

“Ni nampak lembik semacam ni, dah makan ke belum?”

“Makan apa?”

“Nasi... roti... or whatsoever. Lunch, dah ke belum?”

Sekali lagi Rifqi menggeleng.

“Hah, nak cakap tak ada selera jugaklah? Itu tak selera, ini tak selera, habis bila nak baik?”

Rifqi menghela nafas. Bila Cha dah mula membebel tu memanglah. Baik tadahkan telinga saja. Bukan selalu pun nak dengar suara mak nenek macam ni. Sekali-sekala dengar tu, heavenlah jugak.

“Abang Rif!” nada Raina naik satu oktaf bila bebelannya dibiar tak berjawab oleh Rifqi.

“Chalah tolong carikan makanan kat dapur tu. Abang tak larat.”

Raina teragak-agak. Nak terjah masuk dengan muka toya tak ada rasa segan je ruangan dapur yang dah tertera warning ‘KHAS UNTUK PEKERJA’ tu? Hailah. “Orang suruh Anis ajelah eh?”

“Tak apa... cakap je abang suruh.”

“Hm... okey. Abang Rif tunggu eh, jaga beg Cha ni.”

Rifqi mengangguk lagi. “Cha,” serunya sebelum sempat Raina menjauh. “Buatkan abang air nestum jugak eh.” Pesannya bila Raina berpaling.

Raina mengangguk. Jari telunjuk dan ibu jari disatukan sebelum dia menghilang ke dalam, isyarat ‘okey’. Masuk saja ke ruangan dapur, Anis dan Ziad yang sedang berborak kosong sambil buat kerja menyapa mata. Baik posisi dapur ni, kalau ada pelanggan yang baru masuk ke kafe atau nak membayar ketika pekerja berada di dalam pun, pekerja di dapur boleh nampak. Tidak menyukarkan pelanggan sangatlah.

“Abang Rif mintak buatkan air.” Ujar Raina cepat, bila mata Anis dan Ziad sudah memandangnya.

“Kitorang?” Anis menyoal semula dengan jari telunjuk bergilir-gilir antara dia sendiri dan Ziad.

“Eh, tak. Orang sendiri. Orang masuk eh?”

“Lah, masuklah. Tak ada hal...” Anis tergelak. Kalau dah arahan bos tu, tak payah nak mintak izin sangatlah.

Raina mengukir senyum segaris sebelum menapak ke dalam. Lost. Pertama kali masuk ke dapur ni, mahu tak jakun. Di mana matanya nampak ada makanan, di situlah yang dia pergi. Dia mendekati almari kabinet, dan bila almari itu dibuka, ternyata ada stok roti di dalamnya. Raina senyum. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Sebungkus roti perisa blueberry dicapainya.

Kemudian, matanya meliar lagi. Mencari tempat membancuh air. Jumpa. Laju tangannya bertugas. Tapi...

Beberapa minit dia di dalam, Rifqi menjenguk. “Lamanya?”

Raina sengih. “Nestum abang taruk mana? Tak jumpa.”

“Lah, kenapa tak tanya diorang...”

“Malas nak ganggu diorang buat kerja.”

Rifqi mampir. Tiba di tempat Raina berdiri, dia berjengket sedikit, mencapai tin Nestum dan sebiji botol lain sebelum diletakkan kedua-duanya di depan Raina. “Ni.”

Raina meyambut. “Dalam botol ni ada apa bang?”

 “Madu.” Rifqi menjawab sepatah.

Raina mengangguk-angguk. “Air Cha selalu tu abang taruk madu ni ke?” tanyanya lagi walaupun jawapannya sudah dapat diagak. Patutlah rasanya lain.

“Hmm...” Rifqi melayan. Dia berlalu. Namun baru beberapa tapak dia melangkah nak keluar, entah bagaimana sebelah kakinya tersilap langkah dan dia rebah.

“Eh, Abang Rif!” Raina cepat-cepat menolong. Lengan Rifqi dipegangnya. Dia melingkarkan tangannya ke pinggang Rifqi, berniat nak menampung berat badan Rifqi.

“Tak apa Cha...” Rifqi menolak lembut.

Raina mendengus. “Hisy, dalam lembik macam ni pun nak action lagi.”

“Bukan action Cha, ni soal hukum.” Rifqi senyum, cuba untuk tak nampak terlalu overboard. Kerusi yang berdekatan dicapainya sebelum duduk di situ. Pandangan Anis dan Ziad tak jauh sangat darinya dibalas dengan tangan saja, tanda dia okey. Dan kedua-duanya Cuma angguk.

“Orang bukan nak buat apa pun, nak tolong aje.” Raina membela diri. Iyalah, ingat sengaja je dia nak peluk anak teruna orang? Akal ni berfungsi lagilah.

“Tak apa, abang larat lagi. Tapi thanks jugak.” Rifqi senyum lagi.

“Iyalah.” Raina mengalah akhirnya. Memang benar pun dia yang salah. Baru dia nak sambung semula membancuh air buat Rifqi, Nash muncul di ruangan peribadi kafe itu dengan muka mencuka. “Kenapa kau ni?” soalnya pelik.

“Mana mamat tu?” tanya Nash sekali dan belum sempat Raina nak membalas, matanya menangkap kelibat Rifqi yang baru sedar akan kehadiran dia di situ. “Hah, aku dah agak dah kau ni!” ujarnya kasar sebelum kolar baju Rifqi dicekaknya.

Rifqi terbangun. “Ada masalah apa ni?” soal Rifqi senada. Bukan dia tak kenal siapa di depannya ni, dah cam sangat.

“Eh, apa kau ni Nash?” Raina menepis tangan Nash di baju Rifqi dan dia berjaya. Tangan Rifqi ditarik, bersembunyi di belakangnya. Lagak pelindung. Kali ni Rifqi menepis pun dia keraskan tangannya.

Nash menjegil. “Kau ni buta tau tak? Mamat tak semenggah macam ni pun nak dibuat kawan. Bukak mata tu!” Kolar Rifqi cuba dicapai lagi tapi tak berjaya. Raina yang menjadi penghalang.

Mamat tak semenggah. Heh. Rifqi tergeleng sendiri. Sengih sinis menghiasi bibir. Tapi tak sepatah pun dia menyampuk perbalahan dua makhluk di depannya ni, nak tengok sampai ke mana akhirnya.

“Mamat tak semenggah macam dia ni berganda lebih baik dari buaya macam kau, tau tak? Sewel!”

Kali ni Rifqi senyum, suka mendengar balasan dari Raina. Bila terasa tangannya lenguh, barulah dia sedar pergelangan tangannya masih digenggam Raina. Heh, tangan kecik tu tak genggam tangan aku. Dia merungkaikan pegangan Raina. Raina memandangnya, dan pantas dia menggerak-gerakkan tangan. “Teruskanlah, abang tak kisah. Tapi jangan kuat sangat, customer abang ada kat luar tu.” ujarnya sambil menyandar pada kabinet, masih di belakang Raina. Dia berpaling pada Anis dan Ziad yang sedang terkebil-kebil memerhatikan mereka pula. “Nis, Yad, ada customer baru kat luar tu. Cuba pergi tengok.”

Anis dan Ziad dalam terpaksa akur juga.

Nash menjuih. “Heh, tak payah nak berlagak hero sangatlah. Tak lakunya.”

“Eh, apa hal kau ni? Datang tempat orang tak dijemput, buat kacau pulak tu... ” Raina kembali meradang.

“See? Kau ni buta, buta! Dah terang-terang dia nak buat benda tak elok kat kau, nak membela apanya lagi?” ujar Nash tegang. Dari pintu masuk tadi pun dia boleh nampak apa yang Rifqi dan Raina buat tadi, mahunya tak sakit hati!

“Eii, mulut kau ni kan... aku cili karang!”

“Hah, cililah. Orang nak jaga dia, tak kenang budi!”

“Budi apanya sangat yang kau tabur tu? Bila masa pulak aku nak kena peluk ni? Fitnah tau tak? Fitnah! Kau tahu fitnah tu hukum dia apa? Kau nak dapat dosa macam tu? Banyak sangat dah ke pahala tu sampai sanggup buat dosa sebesar tu?”

Fitnah tu, hukum dia haram. Dan dosa dia lebih besar dari membunuh. Nash tahulah. Ustazah Habsah mengajar dulu, tak pernah sekali pun dia tertidur. Dan dia bukan senang-senang nak memfitnah orang. Ada bukti, sebab itulah dia menuduh! “Yang kau nak membela sangat mamat tu kenapa? Aku selamatkan kau ni pun dah kira okey tahu tak?”

Raina memicit pelipis sendiri. Pening. Elok Abang Rif yang demam, dia yang tanggung peningnya. “Hah, terima kasihlah. Sekarang blah.”

Mulut Nash terkunci. Tak tahu nak membalas macam mana dah.

“Blahlah!”

“Kau ni!” Nash menjegil luas. Geram.

“Apa?!” Raina membalas. Mata yang tak berapa nak bundar tu dia bulatkan juga, nak berlawan.

“Daniel!”

Nash berpalingcepat, memandang ke luar. Tiga orang lelaki yang baru masuk ke kafe dan menuju ke ruang dapur itu dipandangnya. Dia mendengus. Apa lagi diorang ni...

“Apa korang ni?” suara Raina dan Nash bergabung. Bila tersedar, mereka saling berpandangan. “Argh!!” dua suara bergabung lagi.

“Hoih, kawan.” Reza memanggil.

“Apa?!” Nash menyahut kasar.

Reza, Muiz dan Izzudin sengih. Tak terasa pun. Tengking-menengking tu dah jadi perisa dalam persahabatan mereka. “Bagitau ajelah, motif asal kau apa derr?” soalnya disusuli tawa Muiz dan Izzudin.

Raina pandang Reza seketika sebelum muka Nash dipandangnya. Tangannya naik ke dada, berpeluk tubuh. “Kau nak cakap apa?” soalnya datar.

Serius.

Nash terdiam. Bibir terkatup. Tapi nafas masih tak menentu, naik turun naik turun dari tadi. “Aku suka kat kau.” Ujarnya perlahan.

Rifqi di belakang Raina berubah air muka.

Tapi Raina cuma mendengus. “Rimas tahu tak? Tengah-tengah serabut ni kau nak berbisik dengan aku. Kau nak cakap apa, cakaplah! Dah terang-terang bukan Raiq yang terkejarkan Pamela kan, yang kau nak menempek kat sini lagi apa hal? Hutang aku dah langsai kan?” 

Nash menghela nafas sekali. Geram. “Aku sukakan kau. Suka. Dekat. Kau. Got it?”

Raina terdiam. Kali ni giliran dia mengetap bibir. Dah sudah, medan pertarungan dah jadi tempat sesi luahan hati. Blushing habis mukanya. “Ulang balik.”

Nash mengeluh geram. “Aku suka kau, Cha. Faham tak? Aku suka kau! Nak aku pakai bahasa apa?”

“Oh yeah!!” di muka pintu, Reza, Muiz dan Izzudin bertepuk tangan.

Raina menggeleng-geleng. Lelah sangat dah aku ni. Raiq, mana Raiq? Kak Cha nak balik Raiq... “Kau baliklah. Kau tu, stress sangat sebab Pamela tak layan kau kan? Sebab tu jadi suwei semacam. Baliklah dulu. Rehat-rehatkan minda tu.”

“Aku nak dengar komen kau.” Nash statik di situ.

Bahu Raina jatuh. “Kau buat status apa sampai kena like comment bagai?”

Nash mendengus sekali. “See? Dah terang-terang aku cakap aku suka kau, kau masih lagi nak menempek dekat mamat ni.”

“Astaghfirullah...” sekali lagi Raina memicit pelipisnya. “Fine.” Putusnya.

Nash berubah riak. Jadi ceria.

Dan Rifqi, expressionless. Speechless! “Cha...”

“Maksudnya?” pintas Nash cepat.

Raina cuba mengukir senyum. Tangan kanannya disua. “Friend.”

Kening Nash terangkat. “Friend?”
            
    “Kawan...”
            
    “Just kawan?”
            
    “Kau expect apa? Bini?” Raina angkat sebelah kening.
            
    Nash senyum juga. Tak apa, aku faham maksud friend tu apa. Fine. Huluran tangan Raina disambut akhirnya. “Friend.”

                Dan di belakang Raina, Rifqi menghela nafas kelegaan. 

==> sorry lama x update. jemput baca n do comment.. peace. >_<

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

6 comments:

  1. Dah lama xdg sini dan garapan awk makin bgus n matang.. cerita pon layan... cop rifqi eh... hehhhh

    ReplyDelete
  2. Kalo dh post bab baru update sy eh...

    ReplyDelete
  3. hehehe...best!!!!
    ~syahira_ira~

    ReplyDelete
  4. Nash dh buat luahan perasaan kt Raina tp Rifqi tetap cool... bila Rifqi nk take action?

    ReplyDelete
  5. NurAtiZa, Kak Rehan, Syahira_ira, hee.. thnx. =) komen kalian bikin sy tersenyum dan makin bersemangat nk smbg this story... >_<

    C.R, wait n see.. heeehhe..

    ReplyDelete