Aku Mahu Hanya Kamu 11

by 2:22 AM 2 komen
Bab 11
            “Makan apa hari ini?” Firdaus membuka tudung saji. Wow! Asam pedas dowh.
            “Along ni macam tak biasa. Kalau tak budu dengan kicap, ni je la yang orang reti. Jom la, dah kebulur ni.” Solehah membalas malas. Nasi terus dicedok ke dalam pinggan.

            Firdaus menurut tanpa songeh. Perut dah berkeroncong kot. “Leh, nanti kalau Along tak de, pandai-pandai jaga diri tau.” Firdaus bersuara sambil menyuap nasi ke mulut setelah doa dibaca.

            Solehah angkat muka dengan kening berkerut. “Apa ni Long… baik O-leh stay dengan diorang je kalau tau along nak bagi ayat seram macam ni.”

            “Tak de la, just reminder. Kalau orang kacau, jangan dilawan. Cari pasal. Lari aje jauh-jauh" Penuh makna ayat Firdaus.

Solehah ketawa kecil. “Apa la Along ni…” ada ke patut suruh orang lari, tak bagi semangat langsung! Tiba-tiba telefonnya bergetar. Dia melihat skrin. Lagi! Tak de kerja ke? “Helo Jat. Mm… dah… ni aku tengah lunch dengan bos besar la. Along lah! Okeh! Chow!”

             “Siapa?”

             “Kawan... Kawan sekolah… Kawan lama… Entah la, semua kategori la…” jawabnya sambil tergelak. Dah memang la, betul semuanya. 

            “Special?”

            Sekali lagi Solehah gelak. “Lawak la along ni, main special-special segala…”

            “Hm… nanti kalau nak cari kawan, biar tau pilih. Jangan semua orang dibuat kawan.”

            Solehah makin pelik, “Along ni ada problem ke sebenarnya? Cuba cakap sikit?”

            Firdaus sengih. “Tak de la. Okay la, Along masuk bilik dulu ek.” Ujarnya sambil mencuci tangan. Solehah menarik pinggannya ke sinki lalu dibasuh. Mulutnya terkumat-kamit menyanyikan lagu. “Tok Mek kata dok kat dapur tak baik menyanyi. Nanti dapat suami tua.” 

“Kenapa Long? Ada kawan-kawan otai along tu nak masuk meminang ke?” Solehah sengih. 

“Huh! Mintak simpang.” Firdaus menggeleng-geleng. Aku tak nak beradik-iparkan mamat kuda macam tu. Muka pelik Solehah direnung lagi sebelum menapak ke bilik. “Kalau ada pak we, jangan lupa inform. Along nak bagi amanat.” Matanya dikenyitkan sekali. “Kejap lagi bersiap, teman Along pergi kedai. Nak cari barang dapur sikit.”

“Baik pak encik!” Solehah melaung kepadanya yang sudah di bilik.
            #                                              #
Solehah menghadap laptop. Tunggu kot-kot ada yang online

^Dya_o-leh^ - boring2! Xde org nak layan aku ke?! Xde keje nih!

^k-roll^ - woi! Pidaos xde kat umah ke?

^Dya_o-leh^ - along tengah bercintan dengan tupai dia kat bengkel…

^emiruzzat^ - leh, klau boring jom r keluar =>

^dya_o-leh^ - huh! Dengan kau makin boring la jadinya!

^emiruzzat^ - eleh… malu la tu. Xyah r nak malu wei, kali ni gerenti x terserempak dengan in-law kau punya…

Solehah tersenyum sendiri. Teringat kali terakhir dia lunch dengan Amir, masa tu Ayie dengan Nurul pun ada sekali.
             #                                              #          
 “Wei! Mama kau.” Pandangan mata Ayie menyorot pada seorang wanita bertudung dalam lingkungan 40an. Nama je 40an, sekali tengok memang tak de gaya mak cik-mak cik. Vogue.

Solehah yang perasan orang bercakap dengannya  menjawab selamba, “in-law la…”

Mereka terkejut sebelum tersengih. Si Izzat makin lebar la sengihnya… “in-law? Oo… anak dia yang handsome tu ek?”

Solehah ketawa, “dia ada anak ke? Kau kenal? Hahaha aku joking je la tadi.” Dia sengih lagi, “tapi tengok dari muka makcik tu, mesti anak dia pun handsome gitu kan? Hikhik gedik betul aku.”

“Memang handsome anak dia.” Ayie membalas. “kau kenal.”

“Aku kenal?” dahinya berkerut.

Amir pula mengangguk. Dia bangun mendapatkan wanita itu. Lalu ditarik mesra tangannya ke arah rakan-rakannya pula. Buat lagak anak manja… Solehah terlopong melihatnya.

Amir tersenyum menggoda, “tutup mulut tu.” Amir memandang wanita itu, “Ma, kenalkan. Kawan-kawan Amir. Nurul… Ayie…” wanita itu tersenyum mengangguk.

“Assalamualaikum aunty…” tangan wanita itu dicium hormat.

“Tak payah la beraunty-aunty. Mak cik ni nampak je macam ni, still orang kampung jugak.” Dia mengukir senyum. “Nama mak cik Edrina. Panggil Makcik Rina je…” Solehah tersenyum sendiri. Nama pun Edrina, modern gila. Macam mana aku nak panggil makcik?

“Ni siapa?” lamunannya terganggu dengan bila mata Puan Rina memandangnya atas bawah. “bukan kawan Amir?” Solehah sekadar tersenyum hambar. Kecil hati.

“Oo… ni O-leh. Kawan diorang ni. Not my friend…” sampai hati kau Izzat! “Tapi bakal menantu mama…” sengihnya berbunga di bibir.

“Izzat!”

“Apa? Tadi kau jugak kata kan? Diorang saksi.” Amir berpaling melihat Ayie dan Nurul yang sudah mahu beredar. “Em, kitorang tak nak masuk campur. Kitorang mintak diri dulu la makcik.” Sekali lagi tangan Puan Rina dicium.

Kini Puan Rina fokuskan pandangan pada mereka. “Kamu berdua buat apa kat sini?”

Mereka melihat sekeliling. Memang silap besar la tapau makanan makan kat port orang lepak macam ni… cari nahas. “Jual ikan!” itu je yang terpacul keluar bila Puan Rina dah ala-ala nak keluar gaya mak Adif, kaf bar a kaf alif taa nun, keberkatan.

Puan Rina merenungnya, “Amir, ingat. Kamu tu bujang lagi. Tak manis bawak anak dara orang ke hulu ke hilir macam ni. Dah tu, lepak pulak kat tempat macam ni.”

Perlahan-lahan Solehah berundur kebelakang Puan Rina. Lalu diangkat tangannya membentuk thumbs up. Amir mencebik, “mama ni. Kitorang bukan buat apa-apa pun.”

“Nak jadi pape bukannya kita boleh agak Mir.” Puan Rina merenung Solehah. “Silap hari bulan, mak O-leh nak jodohkan dia, mertua dia pulak cabut lari bila tengok korang lepak macam ni.”

Solehah yang selamba sengih pada Amir menoleh tiba-tiba. “Ke situ pulak mak cik ni.”

Amir sengih, “takkan mama nak buat macam tu kan? Tak sayang anak namanya…”

“Dah-dah! Dah petang ni. Pergi hantar O-leh balik.” Amir cumamengeluh panjang sebelum akur. Puan Rina kembali memandang Amir. “anyway, mama happy tengok Amir sekarang.” Dia tersenyum penuh makna.
            #                                              #               
^k-roll^ - sape in-law kau weh?

^k-roll^ - bangang! Aku Tanya ni…

^k-roll ^ - o-leh!!!

^dya_o-leh^ - (tak berniat nak melayan soalan Cairo) xsangka ek kau pun anak mak.

^emiruzzat^ -  tak payah nak tukar topic. Jom r keluar.

“O-leh!!!” Solehah tersentak. Huh! Big boss dah panggil. “ya!!” sahutnya.

“Jom, nanti kedai tutup.” Solehah tergelak. Along ni kalau nak cepat pun agak-agak ar. Takkan kedai tutup pukul 3:32 petang.

^dya_o-leh^ - eh, aku blah dulu r. along panggil. Jap ag sambung.

^k-roll^ - leh, bagi tau pidaos jap agi aku gi bengkel.

^dya_o-leh^ - orait.
            #                                              #   
“Pilih apa yang tak de kat dapur. Abah baru bank-in duit.” Pesannya sambil duduk santai di ruangan lepak kedai runcit serbaneka itu. Solehah angguk pantas sambil kaki dihayun ke dalam kedai. Excited! Ada orang nak belanja. 
“Bhai!”

Tangan yang laju membelek Akhbar Metro di atas meja terhenti, wajah diangkat. Gulp! Firdaus telan liur melihat wajah di sebalik cap hitam yang dipakai si pemanggil. Lantas pandangan dilempar ke dalam kedai, kot-kot kelibat adiknya keluar. Tapi syukur, tak ada. Akhirnya dia menoleh kembali, “apa hal?” tanyanya datar. Cuba mengawal emosi.

Mazlan senyum. Sinis. Lalu dia melangkah ke meja yang sama dengan Firdaus, melabuhkan punggungnya berhadapan. “Adik?”

Firdaus diam. Terus membelek akhbar di tangan.

“Baru nampak muka. Biasanya menyorok dalam rumah je kan? Well, boleh tahan.”

Firdaus angkat muka, melawan pandang dengan Mazlan yang tayang muka selamba dalam sweater hitam dengan capnya. “kau jangan usik dia. Jangan ingat aku diam, aku takut. Kau tak kenal aku Lan.” ujarnya keras disertai anak mata yang bagaikan berapi.

“Along?”

Pantas dia menoleh melihat Solehah di muka pintu kedai yang terangkat kening mendengar kata-katanya tadi. “Eh, O-leh dah siap? Jom balik.” Ujarnya cuba mengawal nada.

“Tak,” kepala digeleng. “Nak tanya, nak beli benda ni jugak boleh ke?” tin nestum ditunjuk. “Nak makan time boring…”

Kepala diangguk laju. Dan Solehah tidak menunggu lama, terus masuk memilih barangan lain.

“Aku kenal kau Daus…” suara Mazlan perlahan membalas kata-katanya tadi membuatkan dia menoleh ke depan semula. Focus pada keadaan asal. “Bukan calang-calang jugak kan?” Mazlan menyambung. “Anak buah kau pun boeh tahan kan? ‘Along’? Tapi tu kat Kelantan. Sekarang kau kat bumi lain…”
 Firdaus mendengus. “Kau nak apa?”

“Kau tau aku nak apa. Kau yang buat aku macam ni.” Si Mazlan mula berkias.

Firdaus mendengus mengingatkan laporan polis yang dibuat. Ingat aku nak sangat ke buat laporan tu? Kalau tak mengenangkan aku ni menumpang kat negeri orang, tak adanya. “Aku tak sentuh benda ni lan. Aku tak main semua ni.” Ujarnya cuba buat Mazlan mengerti. Samseng-samseng aku pun tak main najis ni…

“Tapi kali ni kau kena sentuh.” Mazlan membalas sambil mengeluarkan plastic kecil berisi dua biji pil merah yang agak kecil. “Kau yang paksa aku. Kalau aku boleh bergerak bebas, takdenya aku nak kau bagi kat customer aku.” Plastik berisi pil merah tersebut disua ke arah Firdaus, sekali tengok memang gaya suspect dalam Gerak Khas.

Firdaus menggeleng, tetap bertegas tak mau sentuh barang yang dihulur.

“Kau sayang adik kau Daos?” Mazlan mengugut dalam lembut.

Dan memang, Firdaus sekali lagi angkat muka tanpa sebarang suara.

“Kalau kau sayang kau kena buat apa aku suruh.”

“Kau ugut aku?” hati dah mula bergelegak. Orang tak panggil lelaki kalau senang-senang boleh kena ugut.
 Mazlan angkat bahu. “Terpulang kau nak anggap tu apa.” Balas Mazlan masih dengan nada lembut. “Aku tahu macam mana rasa sayang seorang abang… aku buat kerja ni pun sebab aku sayang adik aku.”

Apakah? Dia main psychology dengan aku? “Banyak lagi kerja lain kau…”

Nope,” Mazlan angkat tangan depan wajahnya. “aku takde masa nak dengar kau ceramah. Yang aku nak tahu, kau bagi benda ni kat member aku. Dia tunggu kat bengkel kau. And duit dia bagi tu, cari aku kat port biasa. Kalau tak… tau la apa jadi dengan adik tercinta.” Hilang segala lembut, kini dah terang-terang Mazlan mengugut.

“Kau…”

“Aku tak main perempuan Daus. Tapi kalau ikan depan mata, kucing mana yang nak lepas.”

Firdaus mengetap bibir. Ikan depan mata? Ada aku tayang O-leh depan mata dia? 

Tapi hampa, Firdaus belum pun sempat nak menjawab, Mazlan sudah angkat kaki berlalu dengan cap diperbetulkan sekali. Uh… tak pasal-pasal bengkel aku jadi port pengantara. And tak pasal-pasal aku kena jejak port kaki kuda tu. Dalam teragak, plastic di atas meja diambil lalu disimpan ke dalam saku seluar tanpa fikir panjang.
             #                                              #  
Kaki melangkah perlahan-lahan melintasi rak barangan tersedia di kedai itu. Tangan sibuk mengira-ngira apa yang mahu dibeli. “Nestum dah… Radix dah… kicap dah… eh?” Langkah terhenti melihat insiden di depan mata. “Along?”

Firdaus yang sedang bergelut dengan seorang pemuda menoleh. “O-leh! Lari!”

Namun belum pun sempat kaki nak melangkah mengikut arahan, seorang lagi pemuda mendekatinya. Solehah pucat. Masing-masing mengeluarkan gari dari saku sweater. Solehah bingung plus kaku. “Kenapa ni sedara?” Solehah nampak Along sudah menarik nafas kelegaan. Serius aku tak paham!

##peace....! heheh. komen eh!

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 comments: