Cerpen: Jangan Pergi Gadisku [full]

by 11:35 PM 35 komen



HIDAYAH

                Sepanjang hidup korang, pernah tak korang framekan gambar seseorang dan letak tepi katil? Search gambar dia di facebook, print dan simpan dalam album atau paling tidak pun, sisipkan dalam purse? Pernah? 

                Yeah. Aku pun pernah, malah sedang alami perangai macam tu!

                Tapi aku cuma taruh minat, untuk taruh harapan yang satu hari nanti aku dengan dia akan ada something-something, tidak sesekali.

                Kenapa? Sebab dia tu bukan calang-calang orang! Kalau setakat seorang classmate yang kaya-raya setanding anak raja Brunei, tak adalah mustahil sangat. Tak pun, kalau dia tu sepupu kepada Justin Bieber yang datang melancong ke Malaysia, heh, petik jari je aku boleh dapat. Tapi dia, dia pemain bola sepak team negara! Bagi aku, untuk berdiri sebelah dia pun, rasa macam sangat mustahil!

                Itu prinsip aku selama ni. Minat cuma sekadar minat, jangan sampai libatkan hati dan perasaan. Prinsip tu tersemat kemas dalam diri aku sejak awal aku buat perangai ni, sampailah sejam yang lalu.

                Sekarang...

                Lepas balik dari Food Court tadi, lepas bertentang mata tanpa sengaja dengan dia tadi, melihat pandangan redup dia, dan air muka yang kosong itu, buat aku jadi keliru!

                Kenapa rasa ada sesuatu yang tak pernah hadir di hati ni, muncul saat terpandang air muka dia itu? Terasa wujud keinginan untuk menyerikan hidup dia, setelah dia alami kekosongan tak lama dulu. Layak ke aku?
 ============================

               “Mama...” suara aku perlahan menyeru Mama. Dalam tak sedar, aku tergeleng sendiri. Family aku ni dramatik sangat. Baru aje aku cakap sikit, mula nak buat kecoh bagai. Balik tadi, aku cuma ceritakan pada Along siapa yang aku jumpa di Food Court tadi. Cerita dengan wajah berseri! Dan Mama pun mulalah, nak buat gimik.

               “Heidi... ingat kata Mama, Mama tak setuju, means Mama takkan setuju. Got it?” sekali lagi Mama utarakan ayat yang sama.

               “Apa yang tak setujunya Ma?” aku angkat kening. Geram dengan Mama.

               “Mama tak nak anak Mama jadi perampas kasih-sayang orang, belum pernah ada keturunan kita yang macam tu. Kamu jangan nak jadi perintis. Kalau Along kamu boleh cari yang macam Iqbal, kenapa kamu tak boleh?”

               Abang Long berdehem. Banggalah konon bila Mama naikkan saham dia tu. Entah apa maksud Mama dengan ayat ‘macam Iqbal’ tu.

               Eiii. Bibir aku dah terketap sendiri. Mama ni, buat malu aku je. Tak patut betul dia tuduh aku macam tu. Tak adanya aku nak buat lalok tak tentu pasal!

               “Ma, Heidi nak rampas siapa ni? Mama tahu tak, kata-kata tu satu doa? Nak-nak kata-kata dari mulut seorang Mama. Kalau betul terjadi, Mama nak salahkan siapa pulak nanti?”

               “Amsyar tu dah menikah Heidi, dah ada seorang anak pun. Sudah-sudahlah taruh minat pada dia.” Mama seakan merayu.

               “Eh, bukan Amsyar tu duda ke?” Abah bersuara tiba-tiba. Soalan yang membuatkan Along, Abang Long dan aku tertawa. “Hah, Iqbal?” dia ulang.

               “Betullah tu Bah... duda anak satu.” Jawab Abang Long selamba.              

               “Dah tu, apa masalahnya.”

               “Abah!” Mama dah menjegil. 

Hah, kan? Abah ni suka melawak tak kena timing. Bukan dia baru tahu Amsyar tu duda, saja je dia nak sedarkan Mama yang kalau benar pun aku ‘dengan’ Amsyar, aku tetap bukan seorang perampas.

“Abah nak ke, anak kita kahwin dengan duda? Duda anak satu lagi tu.”

“Eh, Abah no problem. Heidi kahwin dengan dia, belum apa-apa dah jadi ibu. Kita dapat cucu instant, untung tu.”

“Ya Allah...” Mama aku lihat mula memicit kepala di atas kerusinya. Aku tergeleng, sengaja Mama ni, huru-harakan keadaan, hal kecil diperbesarkan. “Apa yang Heidi nampak dekat Amsyar tu, sampai bertahun-tahun kamu taruh minat macam tu?” soal Mama lagi.

He is the best.” Gumam aku perlahan. Jawapan sama setiap kali orang ramai ajukan aku soalan tu.

The best!” suara Mama meninggi. Mungkin muak dengan jawapan yang lahir dari bibir aku ni. Dah tu, nak jawapan macam mana? Takkan nak suruh aku admirekan seorang loser?
===========================

               Esok harinya, di tadika tempat Noriez bekerja sambilan.

               Noriez mengekeh ketawa. Aku mendengus, dasar kawan! Baru aje aku cerita tentang lagak Mama yang dramatik semalam, dia dah terkekeh sendirian. Bukan kata nak bagi semangat sikit ke apa... tapi, bila fikir balik, semangat untuk apa? Baru saja minda nak merangka jawapan, tiba-tiba terdengar ada suara lain yang mengutuk aku dalam hati. Choih!! Berangan kuat kau ni Heidi!

               “Dah-dahlah tu.” Ujar aku akhirnya. Tak tahu bila akan habis gelak Noriez kalau tak ditegur.

               Noriez aku nampak menarik nafas panjang dalam pada menahan gelaknya itu. “Mama kau ni gimik sangatlah.”

               “Mama aku bukan Mama kau jugak ke?” bidas aku cepat. Dia ni, kalau bertandang ke rumah aku dengan perut kosong, selalu je menyeru nama Mama dengan suara lemak merdu dia tu. Sekarang, bila macam ni, tak ada dah Mama kesayangan dia tu.

               “Yalah... surrender.”

               Aku mencebik. Motif nak surrender tu apa? Aku bercerita aje pun. Dalam lima minit melayan menung sambil memerhati segala tingkah budak-budak di tadika ini, tiba-tiba mata aku hinggap pada seorang budak perempuan di satu sudut kelas ceria ini. Kelas yang ceria, bukan budak tu. Budak tu, pada mata aku, nampak sugul. Sedang budak-budak lain gembira berkejaran di laman, dia cuma bersandar di tempat tercorot tu dengan muka monyoknya. Erk... kemurungan?

               “Budak baru ke?” soal aku pada Noriez sambil bibir memuncung pada anak itu.

               “Baru tu barulah jugak...” Noriez menjawab acuh tak acuh. “Masa aku start mengajar tu dia pun baru masuk. Dengar kata baru pindah tinggal area sini.”

               “Kena buli ke? Muram semacam.”

               “Tak adalah. Biasa dia kawan dengan Iman tu, hari ni anak buah aku tu demam, sorang-soranglah dia. Dia memang selalu macam tu pun, rindu dekat Mom dia lah tu.”

               “Kenapa?” aku berterusan menyoal. Ingin tahu. “Mom dia pergi mana?”

               Noriez pandang aku sesaat sebelum dia angkat bahu. Malas nak layan barangkali.

“Parents dia bercerai ke?”

Kali ni, tak ada jawapan dari Noriez. Bila aku lihat dia, dia sedang khusyuk menanda buku pelajarnya. Terus aku tarik-tarik hujung bajunya, menuntut jawapan.

“Hisy! Bisinglah kau.” Dia menepis dan aku mendengus.

Entah kenapa, sekarang ni aku pantang nampak budak, rasa nak je dicubit-cubit pipi mereka. Rasa nak dijadikan kesemua mereka sebagai anak aku. Teringin diri ni dipanggil Mama oleh emreka. Tapi, macam kata Mama...

               “Nak anak, nikah. Tak payah nak berangkat bagai.”

               Mama ni, karang kalau aku bawak balik menantu istant, dia jugak yang terkejut. Fitrahlah kalau aku sukakan budak-budak pun. Ini sampai nak disuruh aku kahwin bagai. Kalau suruh kahwin saja aku no hal, tapi siap dibagi warning lagi agar jangan jadikan Amsyar sebagai salah satu calon menantu Mama. Hesy!

               Baru saja aku nak bangun, niat di hati nak mendekati budak perempuan itu, tapi dia terlebih dulu berdiri dan terkedek-kedek menyusun langkah mendekati kami. Comel dan bertambah comel dengan rambut perang yang dibiar lepas itu berhayun-hayun mengikut rentak langkahnya. Sekali tengok, macam anak mat saleh pun ada. Mix ke? Bila bibirnya terbuka seakan nak berkata sesuatu, lantas aku ukir senyum di bibir, memaniskan wajah menunggu kata-kata dia.

               “Cikgu, Amnah nak kencing.” Tegurnya gemersik dengan suara anak tekaknya.

               Terus mati senyuman aku. Tegur Noriez rupanya! Alahai... Tapi sungguh, suara dia, memang secomel wajahnya!

               Budak yang bahasakan diri dia Amnah itu memandang Noriez sambil terkepit-kepit sendiri. Menahan. Aku tahan gelak dan sebelum Noriez sempat bangun, aku angkat punggung dahulu.

“Cikgu ada kerja, biar Kak Heidi teman Amnah ya,” tangan kecil Amnah aku genggam lalu aku pimpin dia ke tandas, meninggalkan Noriez yang dah terkebil sendiri.
================================

               Jam 12 tengah hari, suasana tadika ini yang sudah sedia gamat dengan suara budak-budak tertawa riang jadi makin gamat. Mak ayah masing-masing sudah datang menjemput. Dan aku, sebagai seorang stranger di pusat tadika ini, cuma mampu tayang senyum semanis gula di pintu tadika. Bapak budak ni datang, aku senyum. Mak budak tu datang, aku hulurkan tangan. Beramah-mesra. Manalah tahu, kut ada yang terkenan di hati nak buat aku menantu, tak payah susah-susah nak cari calon untuk Mama.

               Untung nasib badan!

               Untuk seketika, aku alihkan pandangan pada Amnah yang sedang sendirian berhayun di atas buai. Hari ni, mata aku ni memang tak boleh tengok budak lain. Comel sangat budak ni! Kadang-kadang, bila tengok budak sekecil ini, pernah terbayang di minda aku macam mana indahnya bila suatu hari nanti aku pulak yang ada anak secomel ini. Yang tak tahan, bayangan wajah aku dan anak aku di masa akan datang tu disempurnakan lagi dengan figura seorang lelaki di samping kami.

Sesiapa sahaja!

Macam sekarang, minda aku mula terbayang aku, Amnah dan Amsyar di masa akan datang. Amsyar, kenapa dia? Sebab dia the best buat aku. Haha! Nah... kan aku dah kata, imaginasi aku ni kuat. Bila berangan, mula la bayangan dalam kepala jadi real. Melihat Amnah yang sedang dipimpin tangannya oleh seorang lelaki, membuatkan aku terbayang lelaki itu Amsyar. Amsyar sedang jemput anak kami dari sekolah, konon-kononnya. Angan tak mengalah!

“Hoih,” bayangan minda aku pecah. Spontan aku berpaling pada Noriez yang sedang pamer muka suci tak ada dosanya melihat wajah aku yang menyeringai sakit menahan tepukannya tadi.

“Amenda?”

“Tu...” bibirnya memuncung.

“Apanya...” aku tanya lagi. Kacau daunlah aku nak berangan.

“Hero Malaya pujaan hati kau, depan mata.”

Aku kerutkan dahi beberapa saat sebelum alihkan pandangan ikut hala muncung bibirnya. Dan spontan, mata aku terbeliak. Amsyar? Amnah? Berpimpin tangan? Masuk kereta? Reality?

What the-...” aku tenyeh mata berkali-kali.

“Kau nak aku kasi berapa peratus untuk jamin yang kau bukan bermimpi sekarang?” Noriez aku lihat dah bersilang lengannya di dada.

“Amnah...? Dia dengan Amsyar?”

               Noriez angguk sekali.

               “Uncle-niece?”

               “Papa-daughter.” Noriez betulkan.

               Dan aku, terngadah sendiri. Apakah ini...!
===========================

               Seminggu berlalu. Aku masih punya perangai yang sama. Melepak di tadika ini. Tak jadi isu sangat aku di sini, tidak membuang masa tak tentu halalah sebenarnya, sebab banyak daripada masa aku yang terisi dengan mengajar budak-budak ni. Kenapa aku suka datang sini, macam aku kata, sebab banyak sangat golongan ribenanya!

               Nak-nak si Amnah ni. Makin lama hubungan kami makin rapat. Macam kakak dengan adik. Sampai Noriez pun kadang-kadang merungut, kalau aku ada, Amnah dah tak hiraukan cikgu asalnya tu. Aku cikgu bagi dia. Aku? Banggalah sekejap. Tapi bila bercerita bab Amnah, yang secara tak langsungnya akan berkait dengan bab Amsyar, ada satu tabiat baru yang memang baru muncul dalam diri aku ni. Aku sedar, dan Noriez pun sedar. Malah, Noriez yang menyedarkan aku!

               Setiap kali jam 12 tengah hari, waktu pulang budak-budak, aku automatik akan masuk ke dalam dan menyorok. Macam sekarang ni lah!

                “Heidi...” suara Noriez memanggil aku.

                “Hm...” aku cuma menjawab pakai suara anak tekak. Noriez di belakang aku, aku jawab pun tanpa memandang muka dia. Pandangan aku lempar ke luar tingkap. Pandangan pelik pada Amnah dan Papa dia di luar. Amnah sudah keluar, habis apa yang ditunggu lagi? Aku soal diri sendiri. Pelik. Biasanya bila Hyundai Accent milik Amsyar dah muncul, dia keluar pun tak sampai lima minit untuk bertegur-sapa dengan Noriez. Ada hari-hari tu, dia tak keluar langsung. Tahap busy sangatlah tu. Tapi hari ni...? Aku cuba lupakan soal Amsyar. Dan soalan lain keluar di minda aku.

Kenapa aku berperangai macam ni?

                Aku tak ada jawapan.

                “Kau memang nak menyorok macam ni terus ke?” Noriez menyoal lagi.

                “Apanya...?” soal aku semula, tak faham akan soalannya.

                Noriez mendengus. Laju dia menapak mendekati aku dan bila sudah berdiri bertentang dengan aku, dia menyilang tangan ke dada. “Kau ni, kalau suka, kata suka. Kalau berkenan, buat cara berkenan.”

                Aku tergelak sinis. Mula faham apa yang Noriez nak sampaikan. “Gaya cakap macam aku ni lelaki je kan? Senang je. Suka, berterus-terang. Berkenan, masuk meminang. Kan? Eh Yiez, kau pernah dengar tak, perigi cari gayong?”

                “Alahai!” Noriez tahan gelak sinisnya. “Kau ni banyak sangat baca novel ni... tak pun tengok drama. Kuat sangat berpegang pada adat. Bukan benda salah pun Di kalau kau start dulu pun. Abang Am tu duda, bukan laki orang. Kalau hati dah jatuh suka, nak salahkan siapa? Aku?”

                “Hah, kau.” Sela aku laju. “Selama ni punyalah syok aku dok bercerita dekat kau, tak sekali pun kau cakap yang Amsyar tu kawan abang kau. Kalau kau cakap sikit, tak adalah aku kena kejutan macam ni.”

                Noriez mula tersengih sedikit, mengaku salah. “Tapi sebab kau dok bercerita kat aku saban hari tulah, aku tahu yang perasaan kau pada Abang Am tu bukan takat minat je, tapi lebih. Kalau tak, takkanlah sampai sekarang, Abang Am tu dah berhenti dari bola pun, kau still minat tahap tak hengat kat dia? Aku tahu, ada je orang yang minat sampai tahap macam tu, fanatic fan! Tapi aku bestfriend kau Di, aku tahu apa dalam hati kau tu.”

                “Kalau kau tahu pun, kau boleh buat apa?”

                “Aku tak boleh buat apa, tapi paling kurang aku dah bagi nasihat kat kau. Pergilah. Jangan nanti menyesal pulak.”

                Aku tak dapat nak tahan, tergelak jugak. Overlah tu sampai menyesal pulak. Ingat ni drama hindustan ke apa?

                “Aku serius Di.”

                “Yeah right.” Mata aku juling ke langit. “Tu,” aku muncung pada Amnah dan Amsyar di luar yang seolah-olah sedang menunggu sesuatu. “Kenapa tak balik lagi tu?”

                “Dia tunggu kau lah tu.” Jawab Noriez selamba.

                “Hah?” dari tersandar di dinding, badan aku menegak. Terkejut. “Ulang balik Yiez.”

                Noriez mengeluh. “Keluarlah. Amnah excited sangat nak kenalkan kau kat Papa dia tu.”

                “Lah... kenapa pulak?”

                “Kau yang ikat hati dia sampai macam tu, lepas tu bila Amnah dah jatuh sayang kat kau, kau nak hampakan dia pulak. Keluarlah. Abang Am pun nak tahu siapa yang buat Amnah jadi seceria tu.”

                “Tak nak...!” aku berkeras. Memanglah, kali ni aku mengaku yang tahap kematangan aku jauh berbeza dari Noriez. Tapi biarlah. Yang aku tahu, untuk bertentang muka dnegan Amsyar, rasa tak bersedia lagi.

                “Hisy!” Noriez akhirnya keluar. Aku selak langsir, mengintai. Dan jelas, riak wajah Amnah yang kecewa menyapa mata aku. Aku mengeluh.
 ===========================

AMSYAR

               Memandang pada Amnah yang sedang leka mewarna lukisan hasil tangannya sendiri di atas meja kecilnya itu, aku tersenyum sendiri. Senyuman hambar. Amnah kembali dalam mood menyendirinya.

Tu tak lain, merajuk dengan si Heidi tadilah tu. Entah siapa yang disebutnya Heidi tu pun aku tak tahu. Dah berhari-hari, bila aku tanya tentang sekolah, asyik nama Heidi yang diungkit pada aku. Dan tadi, bila aku sampai, dan dia beria nak kenalkan gerangan yang bernama Heidi tu pada aku, Heidi tu pulak dah balik. Kecewa tak terkata rupa dia tadi.

                Yang si Heidi tu pun satu. Kata rapat sangat, tapi ni nak balik pun tak diberitahu. Rapat apa benda macam tu?

                “Sayang...” aku menyeru perlahan sambil bersandar membetulkan urat.

                Amnah mendongak, membalas pandangan aku dengan mata terkebil-kebil sebelum dalam lima saat dia menunduk semula. Pensel warna coklat diganti pula dengan biru muda.

                “Amnah...” seru aku terus.

                “Yes, Pa.”

                Aku senyum. Ada pun suara. “Dah solat Isyak?”

                Amnah sekadar angguk.

                “Gigi dah gosok?”

                Angguk lagi.

                “Teman Papa tidur jom? Papa dah ngantuklah.”

                “Amnah belum.” Jawabnya selamba.

Aku tertawa spontan. Amnah cuma angkat bahu sebelum meneruskan kerja asalnya. Lantas, aku bangun lalu melangkah mendekati dia. Bantal di atas katil aku tarik lalu aku daratkan ia di atas lantai, sebelah Amnah.

“Sekolah macam mana?” soal aku dalam pada menepuk-nepuk bantal.

“Okey.” Ringkas dia menjawab dan itu sudah cukup jadi bukti yang dia tidak dalam mood ceria.

“Papa mengantuk sangat ni, Papa tidur sini eh?”

Amnah berkerut dahi. Pensel warnanya terhenti dari terus menari-nari. “Papa tidur ajelah atas katil... nanti Amnah siap kerja Amnah ni Amnah temanlah.”

Aku tahan gelak. Gaya orang besar je ayatnya tu. Tapi sebagai balasan kepada arahannya itu, aku cuma mencebik. “Tak nak. Papa nak tidur dengan Amnah...”

                “Hisy, degillah Pa ni. Nanti sakit badan siapa susah, Amnah jugak...” bebelnya terus. Untuk seketika, aku hanyut dalam kengan bersama yang tercinta suatu waktu dahulu. Min pernah membebel begini kepada aku, bila aku enggan tidur di atas katil tapi sebaliknya tidur beralaskan paha dia di ruang tamu sambil menonton rancangan kegemaran dia waktu itu.

                Dan waktu itu, balasan aku cuma, “Min susah, Syar suka...”

                “...sebab Syar boleh manja-manja dengan Min. Kan?” sambung dia terus.

                Aku cuma sengih.

                “Pa?” suara Amnah mematikan lamunan aku.

                “Ya?”

                “Papa dah solat ke?”

                “Dah...”

                “Gosok gigi?”

                “Eh, mestilah.”

                “Wudhu, dah?”

                “Kenapa ni sayang?” aku angkat kening dengan soalan bertubi-tubinya.

                “Papa sengih tiba-tiba ni, takut Amnah.”

                Dan aku ketawa lagi. Amnah ni... macam-macam!

                “Tengok tu, ketawa pulak.”

                “Dahlah, Papa letih sangat ni. Papa tidur, Amnah jangan pergi mana-mana ya? Nanti Papa takut...”

                “Kalau Amnah nak buang air?”

                “Wake me up.” Aku redupkan mata, sengaja bermanja sebelum mengakhiri hari ini.

                Amnah menjulingkan mata ke langit. “Penakut.” Sekali lagi, kenangan bersama arwah Min 
terimbau. Tabiat Min, menjulingkan mata ke langit!

                ‘Min... Syar rindu.’

                “Sweet dream, Pa.”

                “Assalamualaikum...”

                Dan Amnah sengih. “Waalaikumussalam...” jawabnya sebelum kembali mewarna.

Dan aku, cuma mengiring membetulkan badan sambil terus-menerus memandang wajah Amnah. Wajah kesayangan aku dan arwah Min suatu waktu dulu. Malah sampai sekarang pun, Amnah tetap menjadi insan terpenting dalam hidup aku. Cuma mungkin, hidup kami kini terasa kosongnya bila Amin pergi tinggalkan kami.

‘Min, Syar rindu.... kenapa Min tinggalkan Syar? Tinggalkan Amnah?’

Dalam suaram malam begini, dengan memandang wajah Amnah, rindu aku pada arwah Min makin membuak-buak. Amin cinta pertama aku. Cinta yang aku temui di bumi orang. Bukan kebetulan. Aku percaya, itu takdir dari Dia untuk kami.

Takdir yang diatur indah bermula saat pertama kali aku ke Belanda bersama pasukan negara, sebagai pihak lawan. Waktu itu, Amin cuma seperti gadis lain di mata aku. Hadir dia di situ cuma sebagai anak kepada lelaki yang aku gelar Mr. Smith, salah seorang orang penting dalam sukan bola sepak negara itu. Dari awal, aku memang perasan ada mata sedang menjeling aku tapi seperti biasa, aku cuma buat don’t know. Kata orang, jual mahal! Bajet tak layan!

Tapi sudahnya, hati aku terpaut jua bila kali kedua aku ke sana, tidak lagi untuk berjuang untuk negara tapi sebaliknya untuk melepaskan lelah setelah berjuang di atas padang, dan dia lagi yang aku temu. Di luar stadium dan dia yang berlagak sebagai tour guide aku sepanjang dua minggu aku di sana.

“Kau ni payahlah.” Gumam Farhan, salah seorang sahabat yang ikut serta waktu itu. Ayat letih setelah berkali-kali dia ingatkan aku agar jangan mudah ikut orang asing di bumi asing ni.

Aku cuma sengih. “Chillax la weh... aku lelaki, patutnya kau nasihatkan si Abby ni jangan dok seret aku merata, karang kalau naya pun dia.” Lufya, isteri Farhan tergelak mendengar kata-kata aku. Kemudian, bila aku alihkan semula pandangan ke wajah Min, yang waktu itu masih lagi sebagai Abby Smith, aku nampak matanya yang mengecil memandangku. “What’s wrong?” aku angkat kening.

I know nothing about your language, buat I don’t think I’ve heard it wrong. It’s about me, right?” sekali aku angkat kening, berkali-kali dia membalas membuatkan aku ketawa lepas.

That’s why you’ve to learn more about our languange, Abby.” Lufya menyampuk.

Abby mencebik kecil. “What for?”

For Amsyar, absolutely.” Yakin Lufya membalas.

Dan cepat Abby ketawa, pastinya ketawa plastik. “Yeah right...” ujar dia kemudiannya dengan rolling eyesnya.

Aku senyum tanpa sedar, ‘yeah right’ uh? Lantas, tanpa sempat aku tahan tangan ini naik menggosok kepalanya yang ditutupi topi itu. “Nothing to be worried about dear...”

“Hah, tangan!” suara Farhan berbunyi lagi, keras. Sayang benar dia kat aku sampai takut aku terbabas dari landasan nanti. Terus aku angkat kedua-dua tangan ke atas, mengaku silap.

Melihat wajah putih melepak Abby yang mula merona merah mengundang tawa aku lagi. Dia yang mula menggoda, dia dulu yang tergoda. “So,” aku selukkan tangan ke dalam saku sweater. Menahan sejuk. “Next destination?”

Bunga-bunga senyum terbit kembali di bibir Abby sebelum dia kembali riang membawa kami ke tempat-tempat yang dirasakan menarik. Menarik, memang tidak aku sangkal. Malah, Farhan dan Lufya pun nampak menikmati percutian kali ni, sebagai trip bulan madu mereka. Pengantin baru! Tapi yang aku pasti, betapa menarik pun trip kali ni, tidak aku cuba untuk hayati sepenuhnya. Sebab aku harap ini bukan kali terakhir aku di bumi ini. Ada harapan lain dalam hati aku yang berkata bahawa aku akan ke sini lagi di masa akan datang, berkali-kali, bersama tour guide yang sama tapi dalam keadaan yang berbeza. Tiada jurang antara kami. Aku – Abby, sebagai yang halal!

Dan memang, takdir berpihak pada kami bila Mr. Smith tidak sikit pun membantah akan lamaran aku buat anak gadisnya itu pada penghujung percutian itu. Tempoh perkenalan yang singkat, tapi cukup untuk mengikat hati kami bersama.

“Pa...” suara Amnah yang memanggil sekali lagi menyentakkan aku. Menghilangkan segalanya tentang Amin.

“Yes?” aku membalas perlahan. Menahan sebak melihat wajah polos dia.

“Menung?”

Aku cuma mampu mengukir senyum tanpa suara. Sebelah tangan aku naik mengusap kepalanya. Dalam kepayahan aku cuba mencapai frame gambar Amin di tepi lampu malam, dan setelah berjaya, aku bawanya rapat ke dada. Kedua-dua belah mata aku terpejam. Enggan membiarkan air mata menitis. Tak mahu mempamerkan rasa sedih ini di hadapan anak kecil ini.

‘Min... Syar tak mampu nak usung rindu ni sendiri. Syar perlukan Min.’

“Pa...” suara panggilan dari Amnah aku biar tak bersahut. Leka aku melayan sebak di dada dan bila aku hampir hanyut dalam kenangan yang arwah Amin tinggalkan, esakan kecil dari Amnah membuatkan aku terkedu.

“Sayang,” aku bangun cepat sambil meletakkan kembali frame Amin di tempat asalnya.

Amnah tak menyahut sebaliknya dia makin teresak menangis dengan bahu terhinggut-hinggut. Aku jadi cemas.

“Sayang Papa, kenapa ni?” tubuhnya aku paut kemas. Perlahan-lahan rambut panjangnya aku belai. “Shyy, I’m here Amnah. Don’t cry. Tell me why,”

“Mom... Papa rindukan Mom, kan?” soalannya tenggelam dalam esakan.

Aku tergeleng sendiri. Silap aku yang semudah itu pamerkan kesedihan di depan anak sekecil ini. “Dah, dah. Tidur jom, homework dah sudah?”

Amnah mengangguk perlahan. Esakannya masih bersisa.

Aku lantas bangun dan mencempung tubuhnya ke katil. Bantalnya aku tepuk-tepuk dan bila tubuhnya rebah di situ, aku tarik selimut melepasi dadanya. “Sleep tight, yeah?”

Night.” Dia membalas perlahan.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Untuk kesekian kalinya, aku senyum dan hidung mancungnya aku tarik. Comel! Ini buah hati pengarang jantung aku. Semangat aku untuk teruskan hidup. Ditinggalkan Amin suatu waktu dulu, mungkin aku tergapai sendiri hinggakan aku sanggup ambil keputusan untuk tinggalkan dunia bola sepak, aku abaikan hidup sendiri, tapi setelah sedar bahawa masih ada Amnah di sisi aku, yang masih butuhkan kasih sayang aku, semangat aku hadir kembali. Dengan atau tanpa Amin, hidup tetap harus diteruskan!

Setelah sudah Amnah membaca doa tidurnya, aku bangun. Mahu mencari angin segar. Perasaan sebak ini harus diredakan. Tapi belum sempat aku berdiri sepenuhnya, namaku diseru Amnah sekali lagi.

Yes dear,” aku menyahut.

“Papa nak pergi mana?”

“Ambik angin. Nak ikut?”

Amnah menggeleng kecil. “Tak nak. Dah ngantuk.”

“Dah tu?”

“Nanti sudah, tidur sini ya?” pintanya sambil menepuk sebelah kanannya bantalnya. “Jangan pergi mana-mana, Amnah takut...”

“Hm...” aku buat gaya berfikir. “Kalau Papa nak buang air?”

Wake me up,”

“Penakut.” Komen aku sepatah.

“Anak Papa kan...” Amnah pamerkan sengih comelnya.

Aku tertawa. Memanglah, anak dara aku kan. Kalau tak ikut acuan aku, nak mengikut siapa lagi?
=================================
                “Pa!”

                Aku berpaling dan tersenyum senang melihat Amnah yang sudah lengkap dalam seragam tadikanya itu. “Assalamualaikum dear...”

                Sambil menjawab salam yang aku hulur, Amnah menapak mendekati meja makan. Kerusi dia tarik lalu dia labuhkan punggung di situ. “Masak apa?”

                “Papa sempat buat burger je. Nanti petang karang kita makan sedap-sedap eh?” pujuk aku dalam pada menanggalkan apron yang tersarung di tubuh ini.

                “Burger pun burgerlah, asal Papa yang masak.”

                “Doa... doa...” tegur aku cepat melihat Amnah yang sudah bersedia nak menyuap burger ke dalam mulut itu.

                Amnah cuma sengih.

                “Hari ni Papa ambik lambat sikit tau, Amnah main dengan Iman dulu eh?”

                “Kenapa?” dia menyoal dalam mulut yang masih penuh. Aku cuma tergeleng sendiri.

                “Ada kerja sikit. Bos Papa tu bagi banyak kerja hari ni. Nanti petang, nak pergi lawat...” ayat aku terhenti tiba-tiba melihatkan Amnah yang sedang terkebil-kebil menantikan jawapan itu. “Tak ada apa-apalah. Makan tu, nanti sejuk, tak sedap.”

                Dan Amnah akur.
 ================================
HIDAYAH

               “Hah, nak ke mana pulak tu?” Mama menyergah aku dari tangga rumah.

Aku yang baru saja nak melangkah ke kereta Persona milik Mama terhenti seketika, cuma mampu sengih menjawab pertanyaan Mama. “Jumpa Oyiez kejap Ma.”

               “24 jam, tujuh hari seminggu, merayap ajelah kerjanya. Tak reti-reti nak tolong Mama kat rumah?”

               “Alah...” aku memuncung. Mama ni kalau start nak bagi ceramah tu memanglah. “Sementara tunggu surat offer ni jelah Heidi nak relax sikit Ma. Nanti kalau dapat kerja, kena ada komitmen... bolehlah ya, Ma? Kejap je.”

               Mama merengus. “Tolong belikan Mama serbuk kari sikit.” pesannya sebelum menghilang semula ke dalam.

               Lah! Aku tergelak sendiri. Nak mintak tolong jugak rupanya...

               Dalam kereta, baru saja aku nak buat signal ke kanan jalan, kelibat sebuah kereta yang diparkir di kawasan perkuburan menarik perhatian aku. Aku perhatikannya sebaik mungkin. Ini... bukan ke kereta yang menjemput Amnah dari tadika biasanya tu? Dalam kata lain, kereta Amsyar?

               Gulp. Aku telan liur sendiri.
==================================

               Kelibat seseorang yang baru saja sudah membaca surah Yasin di tanah perkuburan itu membuatkanaku terkedu sendiri.

Dapat jumpa Amsyar, untuk kali kedua, itu dah satu.

Jumpa pulak di tanah perkuburan yang semestinya dalam keadaan dia sedang ‘bertemu’ dengan yang tersayang... kubur ni, mungkin ke, Aminah Smith Abdullah?

               “Min...” bisikannya menyapa telingaku bila aku semakin mendekat padanya. Dan aku mula yakin, memang ni kubur arwah Aminah. “I’m here...”

Aku yang tercongok di belakangnya, terasa tergapai-gapai tiada ruang nak bernafas mendengar suaranya yang seakan-akan menahan sebak. Untuk seketika, dia cuma mencabut rumput-rumput yang tumbuh di atas tanah di sekeliling kubur itu. Tapi, nafas dia yang tak teratur itu cukup meyakinkan aku bahawa dia sedang menahan rasa sekarang.

Dan firasat aku terbukti bila dia akhirnya membuka mulut, tidak kuat untuk terus menyimpan di dalam dada saja. Panjang, berleret, dan sayu mendengarkan suaranya mengadu, bagaikan wanita yang dipanggil Min tu ada di depan mata!

Dan aku, mula nak berair air mata.

Hish!

“Min, Syar rindu Min. Rindu sangat...”

Aku tak tahu apa sambungan pada kata-katanya tu. Sebab, sebaik saja dia habis sebut perkataan ‘rindu’ tu, terus aku blah! Tak sanggup untuk terus tadah telinga mendengar luahan hati dia. Salah aku yang suka-suka menyibuk di sini. Sekarang, hati yang terguris ni, memang tak ada orang lain yang patut dipertanggungjawabkan selain diri aku sendiri!

               Aku cuba fokus pada pemanduan. Destinasi asal aku, tadika. Aku kerling jam, dan petang! Dan hati aku dari sayu dan bergalau tiba-tiba berubah jadi panas!
 ============================

               Jelas di mata aku kini, Amnah yang sedang berayun di atas buai ditemani oleh Iman. Sebaik saja aku memasuki pintu pagar tadika itu, terus kedua-duanya menerpa aku. Aku kawal senyum. Bersama budak-budak ni, walau panas takat 1000C pun hati ni, akan jadi cair serta-merta!

               Aku dukung Amnah ke atas dan tangan Iman aku pimpin masuk ke dalam. Amnah ketawa tiba-tiba. Dahi aku dah berlapis. Kenapa pulak ni? Tiba-tiba aje?

“Kak Heidi sayang Amnah lebih... sayang Iman sikit...!” Amnah jelirkan lidah pada Iman. Aku tunduk melihat Iman, dah mula cemberut. Alahai...

“Kak Heidi sayang dua-dua adik Kak Heidi...” pujuk aku.

“Ni kenapa tak balik lagi ni?” aku soal, umum untuk kedua-duanya.

               Amnah membelitkan lengannya ke leher aku, melentokkan kepalanya ke bahu aku sebelum menjawab, “entah.”

               “Entah?” aku buat nada pelik.

               Amnah angguk. “Papa dah kata kena ambik lewat hari ni. Bos dia bagi banyak kerja... kesian Papa, nanti mesti penat. Papa kalau penat, balik mesti tidur. Amnah kejutkan pun bangun kejap-kejap je.”

               Aku ukir senyum. Semestinya terselit sedikit ‘perisa’ sinis dalam senyuman tu tapi langsung tak dapat dikesan dek budak berdua ni. Banyak kerjalah sangat! “Papa penat kerja nak jaga Amnahlah... biar boleh jadi budak bijak. Amnah bijak tak?”

               “Eh... bijaklah!” jawab dia pantas.

               “Eleh... ramai cikgu kata Iman lagi bijaklah.”

               “Iyelah, kan Iman lagi besar dari Amnah. Nanti kalau Amnah besar macam Iman pun, Amnah bijak macam Iman jugaklah.” Amnah tak mahu kalah.

               “Iyelah, iyelah. Dua-dua bijak, senang cerita. Adik siapa?”

               “Adik Kak Heidi kan...” Panjang meleret mereka menjawab membuatkan aku tertawa.

               “Iman kenapa tak balik lagi?”

               “Tunggu Cik Su lah.” Jawab Iman, memaksudkan Noriez yang barangkali masih sedang mengemas kelas.

               “Cik Su kenapa tak balik lagi?” aku soal lagi.

               “Tunggu Amnahlah. Nanti kena culik, bahaya. Nanti habis semua tangan dengan kaki Amnah diorang ambik...”

               “Nak ambik buat apa?” tanya Amnah polos.

               “Buat ubat lah, lepas tu diorang jual.”

               Aku ketawa lagi. Ini cerita yang Mama selalu ceritakan masa aku umur baya-baya ni dulu. Tak sangka zaman sekarang pun orang masih guna cerita sama. Dalam ketawa aku mendengar mereka berceloteh, ada sesuatu terlintas di minda.

Okey ke? Ke... tak okey?

Okey kut!

“Amnah, pergi ambik beg.” Arah aku akhirnya.

“Huh?” Amnah nampak terpinga-pinga.

“Ambik beg... jom ikut Kak Heidi jalan.” Terang aku, biar lagi jelas.

Amnah nampak teragak. “Tapi Papa kata...”

“Kak Heidi ni stranger lah ya?” potong aku. Main psikology dengan budak. Amnah berfikir dalam lima saat, sebelum dia cepat hilang ke dalam dan dalam dua minit dia kembali dengan muka excited disusuli Noriez di belakangnya.

 “Kau nak buat apa ni?” soal dia teragak.

Aku buat dek. Kalau sekarang dah pukul 1:30 pun Amsyar boleh tak tunjuk batang hidung lagi, nak suruh aku sabar ke? Aku tahu macam mana rasanya menunggu orang menjemput. Dalam panas teriknya, setengah jam pun aku dah rasa nak tendang segala apa yang ada di depan mata. Inikan pulak, satu jam setengah!

Aku akhirnya bangun. Menarik Amnah masuk ke dalam kereta. Gaya penculik.

“Heidi!” suara Noriez meninggi, menuntut jawapan.

Aku cuma senyum. Pintu sebelah driver aku buka lalu aku masuk ke dalam. “Kalau Amsyar tanya, kata anak dia dah dapat mama baru!” pesan aku ikut tingkap yang terbuka sebelum kereta ini memecut laju.
 ==============================
AMSYAR

               Aku berpeluk tubuh. Mata aku tajam merenung Noriez. Nampak jelas, Noriez sedang teragak-agak nak menjawab soalan aku.

Soalan yang sangat mudah. Mana Amnah?

               “Noriez Fattah.” Aku panggil nama penuhnya, geram.

               “Apa dia Abang Am...”

               “Where’s my daughter?”

               Noriez garu kepala. “Kawan Oyiez... dia kata dia boring, tu yang dia bawak Amnah jalan-jalan tu. Nanti Oyiez call dia bagitau Abang Am datang, Abang Am duduklah dulu.”

               Bibir aku terketap. Ini tak lain, tak bukan...

               “Heidi?” aku meneka. Dan anggukan dari Noriez buat aku jadi makin panas. Pantang sungguh aku, ada orang nak rampas kasih-sayang Amnah dari aku. “Bagitahu dia, macam-macam mana pun, Abang Am nak anak Abang Am ada kat rumah, dalam masa sejam. No, no no no... abang tak sekejam tu. Takut tak sempat pulak kan? Okey, dalam masa dua jam, Abang Am nak dia hantar Amnah ke pintu rumah Amnah sendiri. Tak tau jalan, suruh budak memandai tu cari sendiri.”

               “A...”

               “Titik.” Putus aku sebelum berlalu.
 ==================================
HEIDI

               Esok, hari Jumaat tapi cuti umum bagi seluruh Malaysia. Kemudian, Sabtu dan Ahad, hujung minggu! Maksudnya, 3 hari Amnah cuti? Kalau aku buat onar tak nak hantar Amnah pada Papa dia, okey tak? Lagi pun, tempoh dua jam yang dia bagi tu dah lama expired kut.

                Mama dan Papa pun, aku nampak ‘masuk’ aje dengan budak tu. Bukan setakat boleh ngam, malah tahap tak boleh nak berpisah lagi dah! Along, lagilah. Bila dia mula-mula jejak lantai rumah ni semalam, macam orang histeria pun ada tengok gaya dia excited dengan kecomelan Amnah tu. Sudahlah muka Along tu sebijik dengan muka aku, bila dia buat muka orang meroyan macam tu, secara tak langsung mereka yang melihat akan nampak juga aku yang meroyan.

Menjatuhkan saham!

Oh my god... comelnya budak Di bawak balik...! Abang, tengok ni! Ya Allah... kalau anak aku macam ni kan,” itu separuh dari kata-kata dia semalam. Nak kutip semua, memang berjela.  

Tapi, bila diingat balik reaksi Mama dan Papa masa aku muncul dengan Amnah dalam dukungan semalam, serius lucu! Terbeliak mata Mama, ingatkan aku nikah senyap-senyap tanpa restu mereka. Tup-tup, datang tunjuk anak, buat modal memujuk. Tapi bila tak sampai setengah jam sampai di rumah dan Amnah dah bercakap tak berhenti-henti dengan mereka, aku mula perasan ada senyum di bibir Mama. Senyum yang diselang-seli dengan ketawa.

Sampai ke malam tadi pun, Mama dengan Along berebut nak Amnah temankan mereka tidur. Amnah pulak yang aku nampak blur dengan family aku ni. Tapi, ni Heidi kan. Semua cuma boleh mengunci mulutlah bila Amnah sendiri dah mengantuk lalu dia bangun dan berjalan terus mendapatkan aku.

Dalam banyak-banyak makhluk di ruang tamu tu, aku jugak yang jadi sasarannya. Dan aku sengih tayang gigi pada mereka yang lain.

“Amnah ngantuk.” Ujarnya ringkas sebelum merebahkan kepala ke bahu aku, seperti biasa. Kesian, dah layu sangat mata tu aku tengok. Suara pun lelah semacam.

“Pa...” Aku yang sedang terkebil-kebil dalam gelap ni tersentak. Pecah segala lamunan. Lalu aku toleh ke tepi, memandang Amnah yang masih terpejam rapat matanya. Mengigau, telah aku pantas. Spontan, tangan aku naik mengusap pipi Amnah yang masih licin itu. Sayangnya, rasa malas pulak nak pergi hantar Amnah esok lepas apa yang kami lalui hari ni.

Kami, merangkumi aku, dia dan keluarga aku. Terdetik dalam hati aku, Mama tahu ke Amnah ni siapa? Dan tanpa sempat fikir panjang, aku dah dapat jawapan. Mestilah tak tahu. Tapi kalau tahu, Mama macam mana ya? Dan kali ni juga, aku tak sempat nak fikir bila tiba-tiba terasa ada sesuatu merayap di dada aku membuatkan aku tersentak hebat.

Ternyata, Amnah yang sedang merapatkan mukanya ke dada aku. Mujur aku sempat menahan tangan dari menepis tadi. Tapi jujur, berkeadaan begini walaupun cuma dengan budak sekecil Amnah, rasa canggung ni tetap tak boleh dihalang.

Lambat-lambat, tangan aku naik membelai rambut perangnya. Aku dah mula jatuh kasih.
 ==============================
AMSYAR

               Aku berdiri tegak di depan rumah ini. Rumah batu bercat biru laut yang cuma dipagari dengan pasu-pasu bunga. Begitu kata Noriez tadi. Dan aku yakin, inilah rumahnya.

               Sakitnya hati aku tak terkata. Aku bagi masa dua jam,  sampai semalaman pun tak ada khabar berita dari si ‘penculik’ tu. Harapan aku, pagi ni ada lah khabar dari Noriez. Tapi sampai ke petang, sepatah kata pun haram!

               “Assalamualaikum...!” aku beri salam.

               Dan tak sampai dua minit, seorang wanita awal 50an muncul dengan tuala besar menutup kepalanya. Asalnya dengan wajah mesra, tapi entah kenapa, bila memandang aku, air mukanya berubah. Takkan sampai ke mak cik-mak cik pun taruh minat gila-gila kat aku kot? Aku soal diri sendiri. Tapi kalau minat pun, orang tak bagi air muka macam tu. Air muka yang orang kata, tak-nak-layan-tapi-tak-sampai-hati!

               “Siapa Ma?” seorang perempuan muda muncul di belakangnya dan seperti wanita tadi, air muka dia berubah bila nampak aku. Tapi perubahan ni aku biasa nampaklah. Perubahan teruja.

               “Heidi?” aku tanya dia, cuba bersopan.

               “Ha...” dia angguk, nampak tak yakin. “A’ah. Kenapa cari saya?”

               Aku hampir ternganga tak percaya. Boleh dia bagi soalan tu pada aku? “Amnah mana?” soal aku terus. Tak boleh nak berbahasa dah.

               “Oh...” dia mengangguk. “Sekejap.” Ujarnya lalu dia menghilang ke dalam.

               “Tak naik dulu nak?” orang yang dipanggil Mama tadi menjemput.

               Tapi aku cuma senyum dan menolak. “Singgah sekejap je ni mak cik...”

               “Oh...” dia mengangguk. “Tak apalah kalau macam tu, mak cik masuk dulu ya.”

               Dan aku angguk. Dalam lima minit menunggu, perempuan tadi keluar lagi. Ewah, bertukar baju dah! Kalau tadi dengan t-shirt hijau lumut bersama skirt labuh putih di tubuh, kali ni dia keluar dengan t-shirt ungu cair dan baggy jean. Cuma tudung bawal putih saja yang sama. Masuk ke dalam untuk tukar baju aje ke untuk panggil anak aku yang dah ‘diculiknya’ tu?

               “Kenapa?” santai dia bertanya.

               Kali ni aku dah tak boleh nak sabar. “Amnah, mana Amnah? Awak ni memang tak reti bertanggungjawab ya, sampai bawak anak dara orang ke sana-sini tanpa mintak izin ayah dia dulu. Apa perasaan awak kalau anak awak saya buat macam tu?”

               “Entah, saya tak ada anak lagi.” Selamba.

               “Adik, kalau adik yang awak sayang, macam mana?” Entah apa kena aku ni, dah tahu dengan budak tak cukup umur macam tu, nak jugak aku tanya buat apa? Tentunya jawapan dia pun macam budak tak mumayyiz!

               “Saya anak bongsu.” Dia menggosok kuku sendiri, sebelum meniup-niup perlahan.

               “Allah!” aku tergeleng sendiri. Ini ke perangai Kak Heidi kecintaan ramai tu? Sampai Amnah sayang sangat tu? Dua-tiga hari ni pun, Farhan asyik sebut nama yang sama pada aku, Heidi, Heidi, dan Heidi!

               Aku tak pelik tentang dari mana Farhan kenal gerangan yang bernama ‘Heidi’ tu, sebab aku sudah sedia maklum yang Farhan tu, semua kawan Noriez dia kenal. Tapi yang aku pelik, kenapa semua orang sebut nama dia seolah-olah pemilik nama ‘Heidi’ tu seorang yang baik dan sangat baik.

               Sedangkan hakikatnya, hancur!

               “Saya datang nak ambik anak saya, boleh tolong panggilkan?” aku cuba bersopan.

               Heidi mencebik kecil sebelum berpaling ke satu tempat. “Amnah!” serunya, tak sekuat mana seolah-olah Amnah ada di sekitar itu saja.

               Dan memang, Amnah muncul. “Papa!!”

               Aku menoleh cepat, memandang Amnah yang meluru ke dalam dakapan aku. Mata aku terbeliak luas. Apa yang dia dah buat dengan anak dara aku ni? Aku pandang semula muka ‘kakak’ kesayangan semua ni, mata aku jegilkan seluasnya dengan gigi terketap. Serius bengang. Tapi dia boleh sengih aje. Hailah.

Sudahnya aku tunduk menyamakan ketinggian aku dan Amnah. Duduk bertongkat lutut pada tanah.

               “Amnah main apa yang comot sangat ni? Ya Allah...! Kotor ni! Dah, naik mandi sebelum balik. Baju ni, siapa punya ni?”

Tak kisah dah rumah siapa yang aku suruh Amnah naik tu. Siapa suruh buat anak aku macam ni? Mukanya yang hitam di sana-sini aku sapu-sapu. Hish. Dah tenggelam seri campuran aku dan arwah Amin di wajah ini. Comot aje. Dia tak ada pulak tunjuk muka takut melihat riak tegang yang aku tunjukkan, malah senyum aje manjang. Terpejam-pejam mata dia bila tangan aku menyapu matanya. Berjangkit dengan Kak Heidi dia ni agaknya! Tapi senyuman dia menyejukkan hati aku, tak sama dengan Heidi tu!

“Semalam Kak Heidi bawak Amnah jalan-jalan, pergi beli baju baru, makan ABC kat tepi jalan tu... Amnah ingat nak ajak Iman sekali, tapi...”

Ayat dia tergantung. Kening aku berkerut. Kenapa? Aku soal melalui isyarat mata. Cuma papa dengan Amnah yang faham. Orang yang tak ada hubungan dengan kami, lebih-lebih lagi si Heidi, mana nak paham. Jadi ibu pun tak pernah... choih!

Amnah rapatkan bibir ke telinga aku. Lengan dia melilit di leher aku. Mahu tercekik aku dibuatnya.   

“Kak Heidi garang semalam. Takut Amnah.”

Spontan, aku mendongak ke atas. Terkebil-kebil Heidi memandang aku.

“Amnah... cakap apa? Saya tak ada dera dia pun semalam. Kan, Amnah? Amnah tidur dengan akak semalam, best kan?”

“Awak pukul anak dara saya?” soal aku terus tanpa sempat Amnah membela diri. Amnah aku angkat ke dalam dukungan dan terus aku berdiri semula. Tak selesa nak marah-marah orang tapi diri ni jauh lebih rendah posisinya. Kalau berdiri macam ni, hah, kan jauh bezanya. Takat bahu aku pun tak sampai ‘kakak’ ni. Kalau diukur, takat dada aku tu adalah agaknya.

“Tak Pa... semalam je Kak Heidi garang.” Bisikan Amnah perlahan menerobos ke telinga aku sebelum dia jarakkan diri dan bercakap dengan suara normal semula. “Tapi lepas tu dah baik. Atuk dengan nenek pun baik dengan Amnah. Semalam kita orang buat kek coklat... pandai Amnah buat. Sedap.”

Hah, ini anak aku. Pandai mengaplikasi iklan promosi diri!

“Dahlah, Amnah naik mandi. Lepas tu ambik beg, kita balik.” Arah aku akhirnya. Tak ada masa aku nak hadap dia ‘baik’kan Heidi dengan segala macam cerita, depan tuan punya badan pulak tu!

Amnah akur akhirnya. Perlahan-lahan dia turun dari dukungan aku dan berlari-lari anak ke dalam rumah itu. Tanpa hiraukan gadis di depan ini, aku berjalan mundar-mandir di halaman itu. Iphone aku keluarkan dan sentuh ikut suka. Buat tak ada kerja.

“Tak nak ucap terima kasih ke?”

Langkah aku mati dan aku pandang dia sekali lalu sebelum fokus pada Iphone semula. “Ada orang bercakap ke?”

Mimpilah aku nak ucap terima kasih atas jasa dia menculik anak kesayangan aku ni!

Dia mendengus kecil sebelum ikut hilang ke dalam rumah juga. Aku juihkan bibir sedikit. Bukan aku tak sedar diuntung, bukan juga tak reti berterima kasih, tapi kalau kepada dia yang dah alihkan walaupun sedikit kasih-sayang Amnah daripada aku dengan cara menculik dan berat sebelah ni, maaflah, aku tak boleh jadi suami dan papa yang matang.
====================

Amnah dari tadi dalam bilik mandi. Tengah berendam dalam air sabunlah agaknya. Kalau nak dibajet masa dia dalam tab mandi tu, memang takkan boleh ditepatilah. Selagi tak kecut tangan, mimpilah dia nak keluar.

               Lewat petang itu, aku termenung panjang. Teringat masa lalu. Terkenang kenangan indah. Kenangan terakhir yang tercipta indah antara aku dan arwah. Bila minda menewarang ke masa lalu, masa yang indah itu, aku pejam mata rapat-rapat. Menghayati.

Rindu!

“Kenapa?” soal dia waktu itu. Kolar jersey aku dibetul-betul. Memang dah kemas pun, entah apa yang senget lagi. Dari tadi tak nak lepaskan tangan dari baju aku.

Aku sengih sebelum menggeleng kecil. “Nothing.”

Staring at me like that and you just only say nothing?”

“Min lah, betulkan baju Syar macam Syar ni nak ke office. This is jersey sayang, not kemeja. Pandang Syar pulak macam tu. Rasa macam nak balik hotel je. Tak payah join diorang...”

“Hisy,” dada aku ditepuk perlahan.

Aku gelak panjang. Merah membahang dah pipinya tu. “Dah tu, kenapa dari tadi lain-macam aje Syar tengok?”

Dia senyum tipis sebelum kolar jersey aku dibetulkan lagi. Kali ke berapa dah ni. “Syar lawan dia orang hati-hati tau, jangan kasar sangat. Bola tu sebiji saja, jangan sebab benda satu tu Syar luka, cedera.  Tak berbaloi. Tengok Syar seliuh sikit pun, Min susah hati tau.”

Aku mengeluh. Dalam pada senang hati dilayan begitu, terselit juga rasa tak sedap dalam hati. Selama ni kalau aku ada game, lawan negeri yang pegang rekod tak pernah kalah pun, tak ada lah seperti sekarang perangai dia. Dah dekat setengah jam lebih kami dalam bilik persalinan ni. Pemain lain semua dah keluar. Malam ni kami akan berentap dengan negara Amin. Belanda! Kira kali pertama kami di sini setelah aku dan Min menjadi halal. Tapi sekarang, memandang Min macam ni, aku jadi risau.

“Am,” ada suara yang memanggil lalu aku berpaling ke pintu bilik persalinan.

Farhan.

“Kenapa?”

“Cepat sikit. Coach hot semacam hari ni tu...”

Aku angguk dan Farhan pun berlalu. Aku renung Aminah semula. Redup aje mata dia kala ini. “Sayang kenapa? Kalau luka pun, sikit-sikit aje. Adat bermain, menang-kalah. Nak menang, kenalah luka-luka sikit. Suami Min ni kuat, apa ada hal. Kalau luka pun, Min boleh taruk ubat. Ada baiknya jugak. Banyak sikit masa Syar nak bermanja dengan isteri Syar ni...”

Dia tertunduk. Buat aku makin pelik!

“Dah, jom. Kalau susah hati jugak, jom tengok Syar lawan. Min jadi saksi jugak betapa Syar jaga diri ni untuk Min.”

Berdaulat sungguh aku ni. Orang lain ada bini pun tak ada sampai nak usung ke bilik persalinan. Diorang tunggu kat hotel aje pun. Itu pun sekerat aje, ramai yang tak dibawa pun ke negara orang ni. Iya lah, bukan nak melancong. Nak berjuang! Tapi apa kisah, dah benda bukan haram.

Aku tarik tangan Min, tapi langkah aku terhenti bila dia menggeleng.

“Kenapa ni?” tanya aku pelik. “Don’t make me worry.”

“Min nak jumpa Mummy and Daddy, boleh?”

Aku pandang dia. Min bukan jenis manja ‘ubi keledek’. Aku tahu hakikat tu. Sebab utama dia ke sini pun kerana ini negara asal dia. Dah hampir setahun dia tak berjumpa dengan mak ayah dia, kalau dalam bahasa dia, Mummy and Daddy lah. Aku tahu, bukan dia datang sertai aku sebab saja-saja nak makan angin berkepit celah ketiak aku. Bukan, tapi sebab family dia. Kediaman family dia pun, tak jauh dari stadium ini. Tapi tak tahu kenapa, ada rasa berat di hati ni.

“Tunggu kita pergi sekali, senang kan? Syar pun nak jumpa dorang... Syar pun rindukan dorang. Tunggu Syar eh?”

I miss them a lot.” Dah keluar slank orang puteh dia.

Me too.”

C’mon...”

They are my parents too, sayang.”

Dia redupkan pandangan. “Please...” suara dia makin meleret dan sengaja dilunakkan sambil dia cuba memeluk aku.

Aku mengelak dalam gelak. Tahu sangat. Taktik lapuk ni! Asal memujuk dipeluknya aku. Dah tak laku sekarang ni...

“Am,” suara Farhan berbunyi lagi. Kali ni tegak dia di muka pintu menunggu aku. Aku angkat tangan, isyarat sekejap. Bila aku pandang Min, dia redupkan lagi pandangan mata. Dia memang, tahu aje macam mana nak buat aku cair!

Aku mengeluh. “Pergilah, tapi make sure bila Syar balik hotel, Min dah ada. Okay?”

Dia senyum. “Love you! Amsyar suami saya yang sangat saya sayang.” Ucap dia teratur sebelum memeluk aku kemas. Aku angkat tangan ke atas, tak sempat nak elak. Tapi akhirnya aku membalas juga dalam ketawa senang. 15 saat berlalu dan Farhan mula berdehem tapi bila dia masih tak melepaskan aku, aku sendiri yang terpaksa melonggarkan pelukan.

Take care okay?” Dalam susah hati aku titipkan pesanan. Walaupun benar ini bumi tempat dia lahir, tapi bagi aku, masih asing.

Min angguk. Baru saja aku mendekat pada Min untuk mencium pipinya sebelum keluar berkumpul bersama yang lain, baru aku sedar yang Farhan masih di muka pintu, menonton drama sebabak kami. Aku pandang dia dan dia menjegil. Aku sengih. Relax lah kawan. Aku cium juga pipi Min.

“Amsyar.” Meninggi suara Farhan menyeru aku kali ni.

“Okey... okey... aku datang.” Aku mendekat pada dia dan sebelum berlalu keluar, sempat aku bagi flying kiss pada isteri yang seorang itu. Di sebelah, teman karib sedang mendengus. Aku tertawa halus. Itulah, orang suruh bawak bini dia kata tak payah. Kan dah jadi kes ketandusan kasih-sayang sekarang ni. Tak boleh tengok orang bermanja sikit nak jeles.

Tapi ada sesuatu yang membelit hati aku tentang sikap Min hari tu dan ianya terbukti mengganggu bila 94 minit yang diperuntukkan untuk kami berjuang  di atas padang berlalu dengan kekalahan 3-0!

“Orang lain pun ada bini jugak, bini bagi semangat, prestasi meningkat, tapi kau, berkepit celah ketiak bini 24 jam dan lepas tu apa jadi? Team yang jadi mangsa!” suara coach team kami membebel panjang.

Dia ni memang. Kalau hari biasa aku sumbat gol, diraikan aku mengalahkan pemain lain. Tapi bila salah sikit... begini lah! Bukan hanya aku yang komen, tapi memang majoriti pemain yang pernah main bawah dia komen benda sama. Aku nak kata apa? Stress!

Rakan-rakan sepasukan cuma pandang aku dengan muka simpati. Memang jelas-jelas aku tak boleh dipersalahkan atas kekalahan kali ni, sebab tu mereka pun menyokong aku. Memang, fokus aku agak lari gara-gara sikap Min tadi. Tapi tetap aku cuba pamerkan aksi terbaik. Yang tak puas hati, elok je bola di kaki aku dan baru aku nak pass kepada Zarul yang posisinya betul-betul channtekk untuk meledakkan gol, tiba-tiba kaki aku disadung! Kuat! Sampai sekarang aku merasa sakitnya, berkerut-kerut muka aku menahan sakit. Coach buat apa? Membebel!

Tapi...

Tahu siapa yang sadung kaki aku?

Jason.

Yeah, memang korang tak kenal. Sebab aku tak pernah ceritakan hal dia selama ni. Kenapa aku tak cerita? Sebab dia memang tak layak untuk jadi hatta watak sampingan sekali pun dalam kisah hidup aku. Kisah cinta aku dan Min ni! Cukuplah aku kata, dia seorang pengacau dalam kisah kami. Kalau nak huraian, okey, aku hurai.

Sebelum aku dan Aminah Smith Abdullah menikah dulu, Jasonlah calon yang sepatutnya untuk Min. Calon dari keluarga Min. Tapi sebab Min dah pilih aku, Mummy dan Daddy cuma akur dan tak membantah. Tapi bagi Jason, aku dapat rasa dia masih belum terima hakikat itu. Buktinya? Kata-katanya sebelum start game tadi!

Here we are, again...” itu katanya.

Bila aku mendongak dengan muka menyeringai gara-gara lutut yang pedih lepas rebah di padang tadi, dia tersenyum sinis. Ya, aku nampak. Tapi, apa aku peduli? Yang aku nak sekarang balik hotel dan Min ubatkan aku. Inilah aku kata, rebah di padang satu bonus buat aku. Dah lama tak bermanja dengan Min...! Aku senyum sendiri. Tak sabar nak balik.

Tapi sekali lagi aku kecewa setelah coach terima panggilan dari seseorang. Leteran dia terhenti dan dia pandang aku. Jujur, bagi aku, waktu itu seluruh pandangan aku gelap dan rasanya bagai nak meraung sampai pecah anak tekak. Waktu yang aku rasakan sangat teruk dalam seumur hidup ini. Waktu yang menyedarkan aku satu hakikat yang harus aku terima. Hakikat yang Min telah pergi jauh tinggalkan aku!

“Pa...” suara anak kecil yang bergetar menyentakkan lamunan aku. Amnah yang menggigil dibaluti tualanya aku pandang lembut. Baru keluar dari bilik mandi lah ni. Baju seluar apa pun tak tersarung lagi di tubuhnya.

“Ya sayang?”

“Papa nangis?” Dia memanjat sofa dan menempek di riba aku. Rintik-rintik air yang masih belum kering di rambut dia menitis di atas baju aku. Basah habis!

Aku cuba mengukir senyum. Tubuh kecilnya aku dakap dari belakang. Ubun-ubunnya aku kucup. Harum. Baru lepas syampu. Rambutnya aku usap lembut.

“Pa?”

Aku geleng kepala tanpa suara. Sebak dan rasanya kalau aku keluarkan suara, rasa sebak itu akan dapat dihidu oleh anak cilik ini. Takkan aku biarkan. Sesedih mana pun aku, rasanya aku lebih beruntung kerana dapat bersama arwah Min di saat-saat akhir hidup dia. Tapi Amnah? Waktu itu dia tidak bersama kami. Mak dan ayah enggan membiarkan dia ikut kami ke Belanda, sunyi kata mereka. Kami akur. Dan jelaslah, betapa aku jauh lebih beruntung daripada permata hati kami ini.

Aku tarik nafas. Air mata yang nak mengalir aku seka tapi belum sempat tangan aku naik ke pipi, tangan kecil Amnah yang terlebih dahulu menyekanya. Dia bangun berdiri di atas riba aku. “Papa rindu Mom?” soal dia sambil membelit lengannya di leher aku.

Aku tahan nafas yang semakin memberat.

“Mom dah tinggal kita jauh sayang...” ujar aku cuba menyedarkan dia hakikat itu.

“Tahu,”

Aku senyum. Amnah, dia terlalu bijak.

“Tapi...” Amnah menyambung. “Kak Heidi kata kalau Amnah rindu Mom, Amnah kena baca Al-Fatihah hari-hari untuk Mom. Kalau Papa rindu Mom, Papa baca Al-Fatihah jugaklah.”

Air mata yang hampir nak menitis tadi akhirnya jatuh jua. Dakapan pada tubuh dia aku kemaskan. “Amnah dah baca untuk Mom ke hari ni?”

“Dah, semalam pun Amnah baca Yasin.”

“Iye?”

“Kak Heidi ajar. Sebelum tidur Amnah baca. Kak Heidi pun baca jugak...”

Aku ketap bibir. Heidi...
=================================
  
              Malamnya, aku bersendirian di beranda bilik. Duduk minum hot chocs, sambil mata disantapi gambar-gambar kenangan antara aku dan arwah Min. Amnah sudah lama hanyut di alam mimpi agaknya.
  
              Sekeping gambar menarik mata aku untuk terus berhenti di situ.
  
              Gambar kami tiga beranak. Amnah yang tersengih comel dalam dukungan Min dan aku yang memeluk erat Min dari sisi. Sebuah keluarga bahagia. Kala itu, di fikiran aku cuma keluarga ini yang akan selamanya bahagia. Happily everafter. Langsung tak terlintas ada hujan yang akan turun tak lama setelah gambar ini ditangkap.
  
              “Syar tak risau ke?” Min, yang waktu itu sedang meriba Amnah bertanya perlahan.
  
              “Nak risaukan apa? Takut Amnah tak dapat adik?” aku cuma membalas acuh tak acuh saja. Skrin laptop lagi menarik perhatian tika itu. Bila difikir semula, terasa menyesal mengendahkan dia begitu sedangkan waktu itulah detik-detik terakhir yang boleh aku manfaatkan sepenuhnya untuk bersama dia.
  
              “Syar...”
  
              Aku menjeling dalam sengih. Sensitif pulak Min. “Iyelah. Min tak kata apa, tanya aje macam tu. Mana Syar nak tau...”
  
              “Min takutlah nak fikirkan jalan hidup anak kita ni nanti. Syar pernah dengarkan, nak jaga lembu sekandang tu lebih senang daripada jaga anak perempuan seorang.”
  
              “Wah... makin pandai isteri Syar sekarang! Cepat belajar. Tu mana dengar peribahasa tu?”

Min aku lihat menghela nafas panjang. Melihat gelagatnya itu, membuatkan aku ikut menghela nafas. Aku faham apa kata Min. Sebenarnya malam itu, kami baru saja pulang dari hospital, menziarah anak kepada sepupu ayah aku, yang aku gelar Sue, di hospital. Kata Pak Lang, ayahnya, gara-gara telan pil tidur. Mendengarkan itu, aku dan Min sama-sama beristighfar.

Mungkin itu, yang buat Min jadi begini.

“Syar...” sekali lagi dia memanggil.

Aku cuma senyum. Kalau dia sebagai ibu boleh runsing sebegitu rupa, maka apa ertinya aku sebagai ayah kalau tidak ada langsung perasaan itu dalam hati ini? Pastinya rasa runsing aku ini juga meninggi! Aku genggam tangannya erat.

“Syar faham, tapi dia ada kita untuk didik dia, kan? Kita bentuk sebuah family yang rukun. Min sayangi Syar, Syar  payungi Min, dan Amnah melengkapkan hidup kita. Yang mana kurang, kita tampung. Yang penting, usaha kita ada. Pasti DIA akan bantu.”

Min ketap bibir. Satu tindakan yang menarik perhatianku tapi aku diamkan saja. Biasanya, kalau diketapkan bibir Min itu, pasti ada lagi yang tidak terluah dari hatinya tu.

“Syar...” Kali ketiga dia menyeru aku begitu, aku tak lagi boleh bertahan.

“Kenapa ni, sayang?”

“Min sayangkan Amnah... Min takut bila tengok environment sekeliling kita ni. Min takut, bila fikirkan macam mana dia nak survive dalam environment macam ni, macam mana dia nanti besar, macam mana...”

“Min... Min,” aku pintas cepat. Dan dari menunduk, Min mendongak, membalas pandangan aku. Dan kali ni baru aku sedar sesuatu, redup saja pandangan mata dia hari ni. “Bukan tugas kita nak meramalkan apa yang akan jadi di masa mendatang. Every single thing had been written by HIM. And we have no right at all to query it. Yang penting, tugas ni kita galas sepenuh hati. Amnah ni amanah untuk kita, Syar tahu, dan Syar pun cuba untuk jaga dia seeloknya. Kita sama-sama, okey? Syar dan Min sama-sama didik Amnah, biar dia besar jadi yang terbaik buat kita, malah buat semua orang. Ya?” aku pujuk hati Min. Hidungnya aku cuit perlahan, dan bila dia mula mengelak dalam senyum biasanya, buat aku jadi lega.

Lantas aku alihkan tangan ke pipi si kecil di ribanya ini pula, membelai penuh kasih. Amnah, lihat betapa Mom dan Papa sayangkan Amnah, kami cuba jalankan tanggungjawab kami, dan pastinya, tugas Amnah pula untuk melengkapkan apa yang kurang, bukan? Hati kecilku berbisik.

“Syar...” suara Min berbunyi lagi bila aku baru saja bangun nak berlalu ke dapur. Aku mengeluh, kali keempat dah ni!

“Apa, sayang? Cuba terus-terang kat Syar.” Aku duduk semula. Kali ni menghadap dia betul-betul. Sebelah tangannya aku genggam dan sebelah lagi naik mengusap rambut Amnah yang baru nak tumbuh.

Min aku lihat sedang mengetap bibir. “Promise me something?”

About...?”

“Kalau takdir kata yang Min terpaksa pergi dulu, janji dengan Min, yang Syar takkan biar Amnah membesar tanpa didikan seorang Mom?”

Permintaannya kali ini jelas menyentakkan aku. Genggamanku di tangannya terlepas dan aku tergeleng sekali. “Apa yang Min cakap ni? Jangan nak mengarut tak tentu hala Min.” Tegang suara aku membalasnya.

“Min tak mengarut Syar, Min cuma fikir panjang. Fikir masa depan. Kalau takdir kata umur Min panjang, sempat tengok buah hati kita ni membesar, alhamdulillah. Tapi kalau...”

“Aminah Smith Abdullah!” suara aku meninggi.

Min tertunduk akhirnya. Nampak dia menikus, hilang kelantangan dia tapi kali ini, rasanya aku lagi suka melihatnya begitu daripada dia utarakan hal yang tidak-tidak lagi.

Aku bangun, menunaikan hasrat yang tadinya tertangguh. Tapi belum selangkah pun aku menapak, tangan aku dicapai lagi. Aku memandang Min, dan ternyata, dia juga memandangku. Malah, merayu. “I don’t want this child survive without a mom, Syar. Mom’s loves have many big differs from dad’s. She is a girl. She needs a woman in her life.”  
Aku kelu sendiri.
=========================
HIDAYAH

                Aku terkelu sendiri. Muka Noriez yang berseri-seri di atas katil dalam bilik aku pandang. Bibir aku bergerak-gerak, nak bertanya kesahihan kata-kata dia tapi belum sempat aku bertanya, sekali lagi dia mengangguk-angguk.

                “Serius?” aku bertanya juga.

                “Iye....” Kiri dan kanan pipi aku ditepuk oleh sahabat yang satu ini.

                Aku ternganga. Tak percaya! “How...?”

                “Sekarang ni Yang, kau tak payah fikir banyak. Tugas kau bersiap aje lawa-lawa. Kejap lagi dia datang.” Noriez bangun sebelum mundar-mandir dalam bilik aku. Tolong sibukkan diri untuk aku berjumpa pujaan hati!
 ====================

               Aku ketap bibir. Canggung sungguh! Dari tadi aktiviti aku cuma mematah-matahkan jari sendiri. Hah, elok. Bila nak kahwin cincin apa pun tak muat nak pakai. Gerangan si driver di sebelah aku pandang. Senyap aje dari tadi... sudahnya, mulut aku yang biasanya tak boleh nak diam ni pun jadi terkunci jugak.

               Amnah di belakang. Suara dia aje pun yang keluar dari tadi. Membebel entah apa.

               “Kita nak pergi mana ni encik?” tanya aku sopan. Suara pun slow aje, ala-ala gadis melayu gitu.

               Dia menoleh sesaat sebelum mengukir senyum. Tak terpanah pun hati aku, dah bagi senyum pun senyum sinis!

               “Tak payah nak berencik sangat kalau biasanya tak pun...”

               Aku mendengus kecil. ‘Biasa’ yang dia cakap tu sekali tu aje pun. Sekali yang aku ter‘culik’ Amnah tu. Kenapa bunyi berdendam sangat suara dia tu?

               “Kita nak pergi mana Pa?” Amnah terjengul di antara kami. Tu, boring lah agaknya. Tak ada orang layan dari tadi.

               “Jalan-jalan...” jawab Amsyar dengan suara teruja.

               “Oh, jalan-jalan cari makan eh?”

               Aku tergelak.

               “Amnah nak makan apa?” Amsyar bertanya semula.

               “Ehm, Amnah tak lapar pun. Kita pergi playground nak?”

               “Lah, playground buat apa? Papa dah besar, malu lah Papa nak naik gelongsor tu. Hisy...”

               “Kalau macam tu, kita pergi ambik Iman nak?”

               Tak boleh berenggang dengan Iman dia tu. Aku menggeleng-geleng. Aku faham kehendak Amnah tu, tapi ternyata Amsyar tak faham. Jelas terentang kerut di dahi dia.

               “Ambik Iman buat apa? Ni masa kita enjoy family kita je, Iman tu nanti kat sekolah pun boleh jumpa...”

               Tak tahu kenapa, bibir ni terasa nak senyum tiba-tiba. ‘Family kita aje’?

               “Alah...” Amnah mula nak menggedik. Leher Amsyar dipaut dari belakang. Terjerit kecil Amsyar. Aku cuma mampu senyum dari tadi, nak bersuara tak berani.

               “Boleh lah Pa...”

               “Tak nak...”

               “Papa sayang... boleh lah... boleh, boleh, boleh!”

               “Tak nak, tak nak, tak nak...!”

               Amnah mendengus. Pautan di leher Amsyar dilepaskan lalu dia menyandar sambil berpeluk tubuh di kusyen belakang.

               Amsyar kulihat mengintai melalui cermin pandang belakang. “Inikan masa kita nak enjoy sama-sama, kenapa pulak nak kacau Iman sayang? Nanti Achik An sedihlah, kita ambik anak dia. Dia nak main dengan siapa nanti? Nanti dia merengek-rengek nakkan mama dia macam mana?”

               “Dah tu, Amnah ni tak sedih ke dok sorang-sorang? Main sorang-sorang?” tanya dia dengan nada sayu.

               “Papa kan ada?”

               “Kak Heidi kan ada?”

               Suara kami serentak! Bila menyedari, aku toleh ke sebelah dan dia ikut menoleh, berpandangan, cheit! Sudahnya aku pandang depan semula. Dari belakang, aku dapat dengar suara Amnah yang tertawa riang.

               “Itu lah, kalau Iman ada, boleh teman Amnah main. Lepas tu Papa boleh borak lama-lama dengan Kak Heidi. Tak ada orang kacau...”

               Erkk...
 ======================

               “Asikrim?” Dia hulurkan semangkuk aiskrim sebelum menepuk-nepuk debu di bangku itu lalu duduk di sebelah aku.

               Aku juihkan bibir tahan gelak, tapi aiskrim di tangan dia aku sambut jua. “Thanks.”

               Setahu aku, walaupun dah tak terlibat dengan bola segala macam tu, Amsyar sekarang tetap bekerja. Kerja apa, aku tak tahu. Tapi tetap stabil lah, kan? Yang sekarang ajak aku ‘dating’ tapi belanja aikrim cawan 50 sen ni apa cer? Aih, hilang macho!

               “Kenapa?” soal dia pelik. Peliklah agaknya tengok aku buat muka blushing dok senyum malu-malu tetiba ni.

               Aku geleng kepala. “Nothing...” jawab aku ringkas sebelum mata aku halakan semula ke arah taman permainan di depan aku. Memandang Amnah yang ceria bergelak tawa dengan kawan-kawan baru dia. Mudah budak ni. Ramah mesra. Sekali jumpa, sekali tegur pun dah boleh dibuat kawan. Masa dekat tadika dulu, tak ada lah seramah ni rasanya. Terperuk aje di tepi dinding tu. Aku nak masuk tegur pun takut. Sekarang ni kontra habis!

               “So... study lagi ke?”

               Kening aku terangkat mendengar soalan orang sebelah. Ni... sesi berkenalan ke? Macam lawak je. Sopan semacam!

               Tapi aku tetap menggeleng menjawab soalan dia. “Baru lepas grad. Tengah cari kerja.”

               “Oh...” dia angguk sebelum tunduk semula. Apa yang aku nampak, tangan dia mengacau-ngacau aiskrim yang sedang mencair di dalam cawan 50 sen tu. Tak boleh nak tahan, akhirnya pecah jugak gelak aku!

               “Kenapa?” dia nampak terpinga-pinga.

               Aku geleng kepala berkali-kali. Naik berair mata aku dok syok ketawa. “No, nothing... takde pape. Just... kita ni, sopan semacam. Awak tak perasan ke? Hari tu tak macam ni.” Sisa tawa masih di bibir aku.

               “Oh...” Amsyar ikut senyum. Sesudu lagi aiskrim dubawa ke mulutnya. “Awak... sayangkan Amnah?”

                Aku berpaling. Pelik. Sayang aku pada Amnah memanglah takkan boleh diukur tapi, soalan ni  ‘ujian’ untuk aku ke? Memikirkan andaian itu, aku ketawa. “What a question.” Aku julingkan mata.

                “Kenapa, pelik ke?”

                “Jawapan jenis macam mana yang boleh lulus ujian awak ni?” sebelah kening aku jongketkan.

                “Ujian?” Dahi Amsyar tampak berkerut. Tapi tak lama, dia tergelak kecil. Tergelak sinis. “Awak ingat saya tengah buat eksperimen nak cari pengganti arwah ke?”

                Mendengarkan soalannya itu, aku terkedu sendiri. Sungguhlah aku ni perasan overboard. Baru keluar macam ni sekali, dah terlajak ke depan minda aku. Haih, aku menggeleng sedikit. Menafikan.

                Amsyar menghela nafas panjang. Dari ekor mata aku nampak bibirnya yang sedang tersenyum. Senyum mengimbau memori! “Takkan ada pengganti Amin di hati saya.” Ujarnya tenang. “Kalau akan ada pun seseorang dalam hidup saya, yang boleh saya jaga nanti, dan yang boleh sayang saya dan Amnah sepenuh hati, tempat dia tak sama dengan Amin.  Takkan sama. Dia di suatu sudut, and Amin di suatu sudut lain dalam hati saya ni.”

 Aku tertunduk sedikit. ‘Saya sanggup jadi orang tu, walaupun saya tahu saya tak layak untuk tandingi arwah. Dan saya takkan cuba untuk gantikan tempat arwah di hati awak...’
======================

                Kenyang perut! Lepas ke playground tadi, terus Amsyar singgah di Ayamas. Isi perut. Dan memang, penuh perut aku terisi. Sesekali keluar atas sponsor orang macam ni, memang tak boleh nak tipulah betapa seronoknya. Jimat!

                “Pa...”

Aku pusing kepala memandang Amnah di belakang. Nak tergelak aku jadinya. Kenyang sangat ke perut tu sampai berlingkar macam tu sekali?

“Amnah kenapa?” aku soal dia.

“Ngantuk...”

“Ngantuk tidurlah dulu, nanti...” kata-kata aku tergantung tiba-tiba. Ada satu idea lain yang muncul di benak. “Malam ni Amnah tidur dengan Kak Heidi kat rumah akak nak?”

“Jangan mengada!”

“Nak!”

Suara mereka serentak.

“Alah... bolehlah Pa,”

No way sayang, nanti Papa nak tidur dengan siapa pulak kalau Amnah tak ada?”

“Papa join lah kitorang, tidur rumah Kak Heidi. Boleh kenal-kenal dengan atuk dengan nenek kat rumah tu.”

“Amnah...” suara Amsyar meleret.

Aku mengeluh. Tahu dah apa keputusan muktamadnya. Makanya, aku cuma boleh angkat bahu. Tapi mata tetap aku fokus pada Amnah yang mula pasang muka cemberut di belakang.

 “Tidur atas riba Kak Heidi nak?” ujar aku memujuk.

Wajah Amnah kembali berseri. “Nak!”

Lantas, aku membetulkan duduk sebelum mendepakan kedua-dua belah tangan ke belakang. “Come,”

Amnah bangun pantas. Baru saja kakinya nak melangkah melintasi box di tengah kereta untuk sampai di riba aku, suara Amsyar keluar menyeru namanya. Lembut.

“Kenapa Pa?” dia tayang muka kelam.

“Amnah tidur kat belakang aje dulu, nanti sampai rumah Papa kejutkan okey?”

“Alah...”

Aunty letih sayang, jangan kacau aunty.”

Erk... spontan aku menoleh dan memandang dia dengan riak pelik.

Why?” dia tak kurang peliknya melihat riak yang aku tunjuk.

Lambat-lambat aku geleng kepala. “Dia biasa panggil saya Kak Heidi je... tak ada aunty-aunty semua tu.”

Amsyar tergelak dan jujur, aku suka mendengarnya. “You are not that young, Hidayah. Kalau Noriez tu logik sikit Amnah nak panggil kakak pun...”

“Noriez dengan saya sama tua, kalau awak tak tahu.” Aku tegakkan kebenaran. Haruslah, sesedap rasa bahasakan aku ‘makcik’.

“Tahu...” suara Amsyar meleret. “Saya tahu, tapi muka Noriez tu sesuai sikit. Dia awet muda. Muka awak tu dah terang-terang tunjuk berapa usia awak.”

Buat masa ini, aku cuba kawal tangan ini dari meraba pipi. 24 tahun tu... tua sangat ke, sampai dia nak kena keluar ayat-ayat sinis macam tu?

“Awak dengan arwah Min sebaya aje. Kalau Min dia panggil Mom, awak tu taraf aunty je lah.” Ujarnya lagi dan jelas, kali ini cukup menyentakkan hati aku.

Mungkin agak kejam tapi aku jujur bila aku kata aku cukup tak suka dibandingkan dengan arwah Mom Amnah itu. Dia terlalu perfect di mata semua orang!

Sudahnya aku cuma diam dan angkat bahu tanda lepas tangan. Amsyar ikut diam.

“Mama?” Comel aje suara Amnah keluar dan kami serentak memandang dia.

“Kalau Amnah panggil Mama, boleh Pa?” suara Amnah yang masih berada di antara kami keluar lagi, cuba menceriakan suasana dengan suara comelnya. Kami tersentak sebelum suasana kembali sunyi.

Aku telan liur. Mama... why not?
 ============================

               Aku melurut-lurut rambut halus  Amnah. Zikrullah aku alunkan perlahan mengikut irama ciptaan sendiri. Bila mata Amnah tampak agak layu, aku ikut menyandarkan badan. Lenguh. Baru saja nak menggeliat, tiba-tiba tudung aku terasa diselak di bahagian dada. Amnah lah ni! Aku tersentak sendiri dengan tindakan Amnah. Spontan mata aku celikkan.

               “Amnah!”

               “Hm...” Amnah menjawab layu dalam pada masih cuba menyelak tudung aku. Muka aku tak payah cakap dah betapa merahnya bila dia akhirnya menyembamkan mukanya ke dada aku.

               “Amnah buat apa ni?” aku soal walaupun dah tahu jawapannya. Soalan saja-saja tahan malu!

               “Jangan risau, dia tak lena lah tu.” Kedengaran suara Amsyar tertawa kecil.

               Ini memang tabiat Amnah sebenarnya. Kalau tak tekup muka di dada orang, memang takkan lena tidur dia. Heh, aku tahulah. Aku dah ada pengalaman tidur semalaman dengan Amnah hari tu. Jadi tak perlulah nak diterangkan sebegitu rupa.

               Hari tu, masa Amnah tidur di rumah aku, memang terbeliak luas mata aku bila terasa ada objek yang menyentuh dada aku. Sensitif kot! Bila celik mata, muka lena Amnah yang terpampang di mata. Senyum aje aku masa tu. Ingatkan Amnah mengigau cari Mom dia, kot-kot mencari susu. Last-last aku lena kembali. Lena ditemani muka yang suci dan polos itu. Tambah kuat keinginan aku nak kahwin. Nak merasa ada anak sendiri!

               Hah, betullah kata Noriez. Gatal overboard dah aku ni!
===================================

               Mata aku yang baru mula nak melayu tercelik semula bila perasan kereta kami kini sedang berhenti. Terus aku pandang sebelah, “kat mana ni?” tanyaku mamai.

               “Saya nak pergi cari air kejap. Dahaga. Nak?” Jawab Amsyar sebelum turun dari kereta. Aku cuma menggeleng sebagai jawapan bila dia sudah memandang aku dari tingkap kereta minta jawapan. Langkahnya aku hantar dengan pandangan mata saja dan bila aku nampak dia masuk ke sebuah kedai, mata aku bergerak ke tempat biasa. Lah, Petronas rupanya.

               Aku menggeleng-geleng. Mamai sangat dah aku ni. Petronas pun boleh tak cam. Tangan aku bergerak mencapai mana-mana disk yang tersedia di situ. Boring tak ingat. Sekeping CD tanpa title aku capai dari dalam sebuah kotak berhias dan ditulis ‘LOVE LAST FOREVER’ sebelum masukkan CD tersebut ke player dan bila butang ‘play’ di remote aku tekan, aku gamam sendiri menonton ‘drama’ yang tersiar di skrin.

               Kelihatan seorang wanita, mungkin arwah Aminah, yang sedang berbaring di atas sofa berbantalkan paha seorang lelaki. Amsyar! Dada aku terasa sesak, akal melarang tapi hati bagai meminta untuk aku teruskan menonton. Perut yang senak cuba aku tahan melihatkan tangan Amsyar yang sedang membelai lembut perut wanita itu. Sebelah tangan lagi, membelai rambut Aminah. Suara gelak Aminah yang mengisi suasana.

               “Syar tak main-mainlah Min...” tangan Amsyar mula mencubit manja pipi Aminah dalam pada wanita itu berusaha mengelak dalam gelak panjangnya.

“Iye la... Min tahu.”

“Kalau boy, Syar rasa nama Syamil okey. Haa, Iqbal sounds nice, too. Kalau tak pun... ha, Muhammad. The perfect choice. Muhammad, anak lelaki Aminah, one day akan menjadi seorang yang super duper...”

“Amboi semangatnya dia... ” Aminah memintas sebelum habis ayat Amsyar. Tersenyum dia membalas pandangan redup Amsyar dari bawah. Aku yang melihat terbakar sendiri.

               “Haruslah, ni hero kita. Tanda kasih-sayang kita.” Balas Amsyar sambil dia membongkokkan tubuhnya sedikit. Aku bagai dapat agak apa yang nak dia buat, tapi bila aku cuba nak mengalihkan pandangan dari skrin itu, gagal. Mata aku bagai tak bekerjasama dengan hati ini. Akhirnya aku pasrahkan hati bila melihat bibir Amsyar melekat lama di dahi Aminah, dan tangan Aminah naik mengusap pipi Amsyar tika itu.

               “Hero ke heroin?” Aminah meneka setelah bibir Amsyar agak menjauh dari dahinya.

               “Hero ke, heroin ke, tetap Syar terima dengan hati terbuka. Anugerah Allah buat kita ni... dah lama usaha akhirnya Allah kabulkan jua impian kita. Berkat usaha bersungguh kita lah ni.” Amsyar buat muka nakal.

               “Eleh, Syar tu usaha je lebih. Tak pernah-pernah sebut pasal baby pun sebenarnya.”

               “Karang kalau Syar sebut jadi merungut pulak. Bagi Syar, kalau Allah nak bagi, itu anugerah. Kalau tak, belum rezekilah tu. Dia nak kita berkasih-sayang dulu. Having our own privacy.”

               “Tapi sekarang Min tengok dah ada isi dalam perut ni pun tangan Syar masih ligat macam dulu... malah makin aktif, what’s up?” Aku melihat Aminah menepis tangan Amsyar yang meliar entah ke mana.

               “Ini namanya menghargai ciptaan tuhan, Yang.” Amsyar sengih.

               “Yeah right.”

               “Buat lagi mata juling macam tu, terkenan dekat baby baru tau.”

               “Syar tu banyak sangat menjawab...” Aminah mula bangun dari baringnya. Kini bersandar kepala di bahu Amsyar. Dan tangan Amsyar pun ikut berubah posisi. Kini memaut bahu Aminah dan sebelah lagi menggenggam tangan isterinya itu sebelum membawanya ke bibir.

               “Bukan menjawab Yang, tapi hakikat yang suami Min ni tak pernah mensia-siakan keindahan yang ada depan mata.”

               “Yeah right.” Sekali lagi aku dengar Aminah memberi jawapan sama. Tidak sebaku BM slank BInya.

               Dada aku mula berdetak tak menentu bila melihat Amsyar mula mendekatkan bibir ke telinga Aminah sebelum Aminah tertawa spontan seraya menepuk paha Amsyar. Terasa nak aje aku melompat masuk ke dalam video ni, nak tahu apa yang dibisikkan mereka.

               “Stop it Syar...” ujar Aminah lagi bila aku perasan yang belaian Amsyar di rambut Aminah mula bertukar rentak.

               “Syar rindulah...” bisik Amsyar tapi kali ini bisikannya dapat aku dengar dan ternyata aku terasa menyesal mendengarnya. Kenapa tak aku tutup saja telinga tadi?

               “Baby... help me. Papa ni tak understanding langsung, Mom penat.”

               “Baby faham Papa rindu sangat dekat Mom ni. Sebab tu dia tak meragam pun malam ni.” Amsyar mula berdiri dan bersedia untuk mencempung Aminah bersamanya, sebelum Aminah terjerit kecil menyeru namanya.

               “Apa?” Amsyar tampak pelik tapi tak dihentikan tindakannya mencempung Aminah.

               Dalam cempungan Amsyar, Aminah merenung sekeliling, bagai mengawasi. Bagai mencari sesuatu.

               “Kenapa Yang?”

               “You do not...” suara Aminah pada telinga aku bagai suara orang runsing.

               “I do not...?”

               “Syar tak... tak letak kamera di mana-mana kan?”

               Serentak itu mata Amsyar mula memandang aku, secara tepatnya, merenung lensa kameranya. “Allah!”             

               Kini mata Aminah ikut memandang aku, dan dia ikut bertempik. “Amsyar!!”

               Dan tak sampai tiga saat, suara nyaringnya terhenti. Secara tiba-tiba bagaikan mulutnya ditekup sesuatu diikuti skrin video yang aku tonton bertukar menjadi gelap.

               Aku mengawal nafas yang kian terasa sesak dengan api cemburu tapi belum sempat aku nak melayan perasaan, aku terdengar suara esakan halus di dalam kereta itu. Amnah!

               “Sayang... kenapa ni?” tanya aku lembut. Tertanya jugak dalam hati sejak bila dia bangun dan dia ikut tonton jugakah memoir antara Papa dan Momnya suatu waktu dulu itu?

               “Mom Amnah cantik kan?” gemersik suaranya bertanya.

               Aku tersenyum memandangnya. Mendengar soalan daripada anak polos ini, sedikit sebanyak menghilangkan api cemburu aku pada arwah Aminah. ‘Itu hak dia.’, ‘Amsyar suami dia.’ Ada suara-suara positif begitu dalam hati aku yang cuba membela arwah Aminah.  

               “Cantik, Mom Amnah cantik sangat. Like an angel. And Papa Amnah pun kacak, macam putera katak...”

               Amnah mendongak memandang aku dari sisi. Aku sengih, “maksud Kak Heidi macam Putera Katak lepas transform. Satu pasangan yang secocok kan?”

               Dia senyum akhirnya sebelum bangun menyamakan ketinggian dia denganku. Lengan dia dililit sekeliling leher aku dan dia merapatkan dahi ke dahi aku. “Mama Amnah pun cantik...” bisiknya perlahan.

               Mata aku terasa berkaca dan sebelum sempat ada cecair yang mengalir, cepat-cepat aku peluk dia. Mengelak daripada membiarkan dia melihat aku menangis. Sungguh, sayang aku pada anak ini tak sedikit. Dari jauh, aku nampak kelibat Amsyar yang mula mendekat. Menyedari yang aku masih tak mengeluarkan CD yang aku tonton tadi dari tempatnya, pantas tangan aku bertugas. Sebelum Amsyar sampai di kereta, aku sempat masukkan kotak berhias tadi ke dalam handbag aku. Tak terlalu besar dan membonjol untuk dia perasan akan tindakan aku ini. Aku tahu tindakan ni salah, mencuri, dan aku tambah sedar akan kesalahan aku bila menyedari mata Amnah sedang terkebil-kebil memandang aku.

“Kak Heidi pinjam ye?” kataku cuba menutup salah. Dia angguk. Tapi matanya masih tak dialihkan dari wajah aku. “Kenapa?” soalku pelik.

               “Mama.” Ujar dia membuat pembetulan bagi pihak aku.

Aku senyum sebelum angguk yakin, “Mama pinjam ye?”

               Dan dia mengangguk.
 =====================================

               “Happy birthday to you... happy birthday to you... happy birthday to Amnah’s Mom... happy birthday to you!!”

Amsyar bersama Amnah dalam dukungannya mara ke depan, menghampiri Aminah yang sudah pun bersilang tangan ke dada memandang kedua-dua mereka. Seulas senyum bergayut di bibirnya.

                “Say happy birthday to Mom, sayang.” Arah Amsyar pada Amnah bila mereka betul-betul menghadap Aminah.

                “Ppi nnday, Mom.”

                Aminah tertawa senang. Kek berhias comel sederhana besar yang ditatang Amnah tadi diambil, lalu diletakkan di atas meja kopi. 

                “Pandai anak Mom, sini dengan Mom jom.” Lantas Amnah beralih posisi, kini berada di dalam dukungan Momnya pula. Aminah mencium pipi Amnah berkali-kali. “Thanks sayang, I’m touched.”

                “Papa punya tak ada?” Amsyar angkat kening dalam senyumnya. Dari tadi cuma Amnah yang menjadi sasaran tu.

                “Papa nak apa?” Aminah melayan.

                “Papa nak ni lah...” Amsyar menyuakan pipinya. “Tak acilah Amnah je yang dapat.”

                “Papa kan dah dapat selalu... hari ni turn Amnah lah pulak, kan sayang kan?”

                Amnah cuma tertawa tak membalas bila diagah begitu.

                Amsyar mencebik. “Kenapa tak terkejut pun?” dia menyoal tak puas hati.

                Aminah tertawa lagi. Birthday girl,pastilah gembira saja selalu. “Min dah tau mesti Syar akan buat macam ni punya. Memang biasanya macam ni pun kan?”

                “What?” Amsyar menjegil. “Are you trying to say that all these was just a regular event to you? Uh, please dear. Tell me not. Syar sehabis mungkin usahakan semua ni, walaupun yeah, tak se...”

                “Syar...” perlahan suara Amnah memujuk Amsyar. “I’m touched. It’s absolutely a special event for us, Syar. Really. And I’m appreciate it.”

                Amsyar senyum. “Suka?”

                “Absolutely.”

                “In that case, potonglah kek tu. Amnah dah lapar tu.”

                Aminah tergelak. Amnah diletakkan  di atas kerusi khas, sebelum pisau pemotong yang tersedia dicapai dan bila sepotong kek sudah dipotong, dia mencubit sedikit sebelum menyuapnya ke mulut Amnah. Amnah menganga.

                “And now our Papa’s turn.” Secubit lagi kek diambil Aminah.

Amsyar sedia menganga.

“Aaa...” Aminah ikut menganga melihatkan gelagat Amsyar. Dan bila tangannya sudah hampir pada mulut Amsyar yang terbuka itu, dia melencong. Pecah tawanya.

Amsyar mendengus kuat sebelum belakang tubuh isterinya itu didakap dalam pada Aminah cuba mengelak. “Main-main dengan Syar eh,”

Kidding, kidding Syar. Let me off please,”

“Suap dulu.”

“Tanak.”

“Suaplah. Tak aci macam ni.”

“Tanak. Amnah tengok Papa ni, kesian Mom.” Aminah pasang muka sebelas. Sayangnya bila Amnah cuma tertawa melihat gelagat Mom dan Papanya itu.

“Tak apalah kalau tak nak.” Amsyar bersuara sedih.

Hey, look here. Papa’s sulking! Okey, okey... nganga cepat.”

Amsyar menganga cepat dan kali ini bila tangan Aminah cuba melencong lagi, cepat dia menangkap pergelangan tangan itu dan jari yang sudah sedikit di dalam mulutnya itu digigit lembut.

Ouch!”

Serve you right!” dia menjelir.

It might kill me, you know!”

“Oh yeah? Siapa suruh main-main dengan Syar?” lagi sekali Amsyar buat suara annoying.

Aminah mendengus kuat. Dan Amnah, tiba-tiba ketawa terbahak-bahak. Amsyar berpaling, terkejut. Dan serentak itu, tawa dia dan Aminah pula yang terburai!

Klik!

Dalam sekelip mata, skrin TV menjadi kosong. Air mata yang makin limpah di pipi aku sekat laju. Ini sudah masuk disk keempat, maknanya kali keempat jugalah aku menahan hati sebegini. Salah aku. Siapa suruh nekad sangat nak menonton kisah kasih sayang dua jiwa ini?

Pandangan aku lemparkan pada kotak berisi koleksi CD yang sejenisnya, yang aku letakkan di atas meja kecil di sisi aku. Banyak lagi. Aku mengeluh. Kuatkah aku untuk terus menonton?

Satu, satu saja lagi. Then aku off! Aku putuskan sebelum tangan ini laju menukar disk.

“Heidi...” suara Mama yang menyeru nama aku dari pintu bilik membuatkan pergerakan aku terjeda. Lantas aku berpaling, membalas pandangan Mama yang aku rasakan sedikit lain macam, sebelum mengukir senyum.

Yes Ma?” aku menyahut dalam pada kaki aku bergerak untuk menyepak perlahan kotak koleksi CD milik Amsyar tadi ke bawah katil, agar terlindung dari pandangan Mama.

Dalam kelam suasana bilik ini, aku nampak tubuh Mama semakin mendekat sebelum akhirnya, dia melabuhkan punggung di hadapan aku. Aku telan liur melihat keseriusan Mama kali ini. “Kenapa Ma?”  aku tanya perlahan. Tangannya aku genggam lembut, cuba mententeramkan hati yang mungkin dalam kegelisahan itu.

“Jangan seksa perasaan macam ni nak.” Pinta Mama datar, seolah merayu. Lalu aku telan liur sekali lagi. Sejak bila Mama berdiri di pintu tu tadi? Terasa mahu saja aku ajukan soalan itu kepada Mama tapi ternyata, hati ini lebih memilih untuk berdiam diri.

“Di...” panggil Mama sekali lagi bila aku terus senyap.

Aku mendongak, sekadar membalas pandangannya sebagai tanda menyahut.

“Kalau betul Heidi cintakan dia, jangan anggap Mama sebagai penghalangnya ya sayang?”

Aku memandang Mama pelik. “Tapi...”

“Mama tidak sekejam tu.” Mama pintas cepat. “Kalau pun ya dia tu pegang status duda, Mama tidaklah sampai membenci. Cuma kurang gemar. Sebab anak Mama ni seorang gadis, seorang anak dara yang Mama pelihara kegadisannya sampailah dia menjadi milik seorang lelaki lain kelak, dan Mama pastinya mengharapkan seorang anak teruna untuk anak dara Mama ni, kan?”

Mama pandang aku minta persetujuan, tapi aku cuma angkat bahu.

Well... tapi rasa kurang tu pastinya boleh ditopup kan?” Mama terus bersuara.

Aku menghela nafas. Sungguhlah Mama ni pelik. Kalau sebelum ni yang aku pernah dengar, seorang anak teruna deserves seorang anak dara, ini, vice versa. Tapi sebenarnya, kalau iya pun takdir menentukan aku bersama dengan seseorang yang masih teruna kelak, boleh dijamin ke ‘keterunaan’nya tu? Tidak rasanya. Aku sengih sinis. Mama... Mama...

“Hidayah.” Suara Mama terus berbunyi dan bila aku pandangnya sekali lagi, Mama senyum dan tanganku pula yang digenggamnya. “Kalau betul cinta, kejar dia. Mama restu. Tapi ingat, jangan sampai tergadai maruah. Itu pesan Mama.” Mama tepuk paha aku sekali sebelum dia bangun dan berlalu keluar.

Bayang-bayang Mama cuma aku hantar dengan senyuman hambar. Betul Ma, Heidi cintakan Amsyar. Tapi cinta cinta Heidi pada dia tak setanding cinta dia pada arwah Min. Langsung tak setanding.

Heidi tarik diri.
==============================
AMSYAR

                Sebaik sahaja Hyundai Accent yang aku pandu masuk ke perkarangan rumah itu, Amnah tak tunggu lama terus keluar dari kereta dan berlari-lari anak menuju ke pintu rumah. Terjerit-jerit dia menyeru ‘Mama’ barunya.

                Aku senyum dalam pada kepala tergeleng-geleng sendiri. Tak boleh berpisah dah gayanya tu! Sudahnya aku cuma ikut langkah dia sampai ke depan pintu rumah. Kereta aku biar tak berkunci. Memang niat aku ke sini bukan untuk bertamu pun, sekadar untuk mengajak.

                “Eh, Amnah...!” Mama Heidi yang aku tengok sekali imbas tempoh hari muncul di muka pintu. Berseri muka dia kala ini. Lantas dia membongkokkan tubuh sebelum mencium-cium pipi Amnah. “Rindunya nenek dekat Amnah...”

“Nenek, Mama mana?” Amnah menyoal cepat sambil kepala terjengul ke dalam.

“Mama?” jelas dahi dia berlapis.

“Er... Heidi ada mak cik?” aku menerangkan maksud pertanyaan Amnah.

Wanita lewat 40-an itu mendongak dan sekadar melempar senyum melihat aku. Tapi, nampak lebih ramah senyuman dia kali ni. “Kenapa dengan Heidi?”

Aku garu pelipis. “Cadangnya nak ajak dia keluar sekejap, Amnah ni haa... bersungguh sangat.”

“Oh... Heidi ada, tapi...” kata-katanya terhenti bila tuan punya badan sendiri yang keluar kemudiannya.

“Siapa Ma?” sayup-sayup suara Heidi bertanya.

“Mama!!” Amnah dalam sesaat terus menerpa ke dalam, mencari arah suara Mamanya itu. Aku cuma mampu senyum dan angguk pada wanita separuh umur di hadapan aku ini bila melihat pandangan lain macamnya.

Beberapa minit kemudian, Amnah keluar semula dengan tangan Heidi erat digenggamnya. Melihat posisi mereka kini, jelas tergambar Amnah yang menarik Heidi keluar, dalam kata lain, Heidi terpaksa keluar, bukan dia yang memimpin tangan Amnah untuk keluar. Aku buat teori sendiri.

“Pa,” Amnah memanggil.

Aku menunduk. “Ya?”

Amnah menghulurkan sebiji kotak, kotak berhias, yang rasanya sangat aku kenal dan aku tahu apa isinya. Aku mula berdebar sendiri. “What’s this?”

“Mama bagi.” Terang Amnah ringkas.

Lalu, aku alihkan pandangan ke muka Heidi pula. Minta jawapan. Heidi aku lihat sedang tersenyum tawar.

“Maaflah... saya... terambil semalam. Tapi jangan risau, tak ada yang hilang pun.”

Aku mati kata. Tak tahu nak jawab apa. Tak ada niat nak marah di hati ni, tapi sedikit rasa tak sedap hati yang muncul. Tak sedap hati kalau-kalau Heidi sudah menonton apa yang terkandung dalam setiap kepingan CD itu. Kenapa mesti ada rasa sebegitu, aku tak tahu.

“Awak dah bersiap ke?”aku melencong soalan bila melihat penampilan dia kini. Siap berslack putih dan blouse biru laut. Dikenakan pula dengan tudung bawal berona sama yang dililit sedikit ke belakang.

“Bersiap?” Heidi tanya semula, pelik.

Aku angkat kening sambil menyeluk tangan ke dalam poket jean. “Dah tu melawa ni nak ke mana?”

Heidi menilik tubuhnya sendiri. “Oh... saya planning nak keluar hari ni.”

“Ke mana?” tanya aku laju.

“Saya dah janji nak jumpa abang kat luar hari ni. Sorry sangat...”

Aku mengangguk lambat. Abang... abang uh? Abang! Aku sengih sinis.

 “Alah...” suara Amnah merengek dah mula berbunyi. “Papa kata Mama mesti nak join kita hari ni.”

“Lain kali eh sayang, dah Mama kata ada hal tu.” Aku pujuk Amnah ala-kadar.

Amnah cuma mampu tunjuk muka sedihnya. Aku buat tak nampak. Cuma sebab tak ada ‘Mama’ tak semestinya aku harus ingkar janji aku. Jalan-jalan tetap akan ada, cuma tidak seperti yang Amnah bayangkan saja.

“Pa...”

Suara Amnah berbunyi lagi, cuba memujuk aku untuk terus merayu Heidi agar mengikut kami. Akur, aku pandang Heidi dengan pandangan redup. “Saya dah janji dengan dia semalam...”

Heidi aku nampak menelan liur sendiri sebelum dia merendahkan tubuh dia setinggi Amnah. “Lain kali eh, Kak Heidi janji. Tapi this time, Kak Heidi betul-betul ada janji dengan orang lain. Kan Amnah kata tak baik ingkar janji?”

Sudahnya, aku cuma angkat bahu. Lagi-lagi bila mendengar cara dia membahasakan diri dengan anak aku ini.

“Mama nak pergi mana?”
 
“Amnah...” aku seru Amnah, meleret.

“Kenapa Pa?” terkebil-kebil Amnah memandang aku.

“Kak, Kak Heidi.” Aku betulkan. Kalau dia tak sudi, takkan aku nak biarkan Amnah yang terhegeh-hegeh.

Heidi telan liur sekali lagi. Kesat sangat agaknya tu.
=================================

                Petang itu, aku cuma bawa Amnah masuk Parkson. Niat di hati nak bawa dia bersiar-siar di taman atau mana-mana tempat lain yang boleh beri sedikit ketenangan buat kami, tapi niat itu aku cancel! Boleh ke nak hirup ketenangan dalam hati yang membara ni? Sebab apa hati aku nak membara tak tentu pasal dengan Heidi tu, aku sendiri pun tak pasti. Yang aku tahu, melihat dia beralasan begitu demi nak mengelak daripada aku dan Amnah tadi, hati aku terluka. Tak banyak, tapi cukup untuk merosakkan hari indah aku ni!

                Dan, untuk tambah memusnahkan lagi hari aku, di Parkson, mata aku menangkap dia yang sedang mencuba saiz beberapa pasang kasut di H2. Mencuba saiz saja, tak apa, aku no hal. Tapi, ada seorang lelaki di samping dia! Betul-betul berdiri dihadapannya. Sudah mencuba sepasang kasut, dia tunjukkan pada lelaki itu, dan si lelaki yang sedang bersilang tangan di dada itu akan menggeleng-geleng dengan mulut mencebik. Dan Heidi ketawa. Dicuba pula sepasang kasut yang lain... dan begitulah seterusnya.

                Heh, abanglah sangat!

                Tak mahu Amnah ikut menyaksikan babak Hindustan itu, aku pantas menarik dia berlalu dari situ. Kami berlegar-legar sebentar, masuk Food Court, kemudian keluar mencari-cari barang yang Amnah mahu. Sampai sekarang, sesudah hampir satu jam berlegar sahaja di situ tanpa ada satu barang pun yang berkenan di hati Amnah. Aku sendiri sudah mula muak. Tapi belum sempat aku nak mengajak dia pulang, dia sudah berhenti melangkah. Sekali gus langkah aku ikut terhenti. Tangan aku yang sedang menggenggam erat tangannya ini ditarik-tarik, mahukan perhatian.

                Aku angkat sebelah kening. “What? Dah tahu apa yang nak dibeli dah?”

                 Amnah geleng.

                “Dah tu?”

                Amnah sengih. “Jom pergi tempat diorang!” dia menuding jari ke suatu arah. Aku mengikut hala tuju tangannya dan tiba-tiba hati aku berdetap laju.

                Heidi dengan lelaki tadi.

Kali ini, aku tak lagi boleh mengalihkan pandangan. Menyirap darah aku bila melihat tangannya yang sedang berpaut pada lengan lelaki itu. Rancak mereka bergelak-tawa sampaikan aku yang berada tidak jauh dari mereka ni pun tak disedari.

Hubungan apa yang menghalalkan Heidi bergayut macam tu di lengan lelaki tu?

Jangan kata abang, sudah!

“Amnah, pergi masuk dalam kedai Teddy tu kejap. Tengok mana yang cantik, kejap lagi Papa masuk.” Pinta aku pada Amnah dan Amnah tapa banyak soal akur. Kedai Teddy, kan?

“Hai!” sapa aku ‘ramah’ sebaik sahaja mereka tiba betul-betul di hadapan aku.

“Er... hai?” mereka nampak kaget seketika sebelum membalas senyum aku. Dia lagilah, senyum senget seolah-olah aku ni stranger!

“Am,” aku hulur tangan pada lelaki di sebelahnya.

Lelaki itu sekadar senyum dan huluran tanganku disambut. “Dah tau dah. Amsyar, kan?”

Dalam tak sedar aku dah mula nak kembang hidung. Dah kenal? Banyak sangat ke yang Heidi cerita pasal aku?

So...” aku alihkan pandangan pada ‘dia’ pula. “Abang?” aku soal sambil sebelah kening kuangkat.

“Eh...” dia nanar seketika.

“Eh,” lelaki itu pandangnya pelik. “Dah kenal ke?”

Dia angkat bahu sekali. “Entah.”

Aku terkedu! Aku pandang dia untuk beberapa minit, tak percaya, sebelum akhirnya aku menggeleng-geleng dengan bibir tersengih sinis. “Lain kali, kalau awak tahu awak akan kecewakan orang, jangan bagi harapan. Faham?”

“Hah?”dia menganga.

Aku ketap bibir. Dasar! “Awak dah bagi harapan pada Amnah... pada SAYA! And now, bila saya dah mula nak bukak ruang di hati saya ni, awak buat saya macam stranger. Thanks a lot.”

Terkebil-kebil dia pandang aku sudahnya. Mulut yang menganga tu tidak dikatup. Masuk lalat karang aku jugak tanggung! Dalam tiga minit, dia pandang lelaki di sebelahnya, dan lelaki itu ikut memandangnya sebelum akhirnya tawa mereka pecah! Terbahak-bahak seolah-olah aku ni orang bodoh di hadapan mereka.

“Papa!” suara Amnah yang menyeru kuat namaku membuatkan aku berpaling. Dia sedang bercekak pinggang di pintu Teddy Shop itu memandang aku. Hilang sabar barangkali, menunggu aku untuk ke sana. Tapi bila matanya beralih pada pasangan di hadapan aku ini, bibirnya melebar. Terus dia berlari mendapatkan kami.

Tapi sebaik sahaja Amnah melewati aku dan ingin mendapatkan mereka, aku menahannya pantas. “Don’t.” Pergelangan tangannya aku genggam erat, tak mahu dia mendekati gadis itu.

“Kenapa Papa ni...” Amnah nampak bosan. Bosan dengan sikap dingin semacam aku hari ni.

She’s not your Mama any longer sayang.” Jawabku mudah.

Aku, Amsyar yang sudah pernah beberapa tahun ditemani seorang wanita dalam hidup aku, malah sudah mempunyai seorang anak pun, tapi entah kenapa, kali ni, aku bertindak tak seperti pertama kali aku kenal arwah Min dulu!

Tindakan aku kali ini tak ubah seperti budak remaja belasan tahun yang baru nak kenal erti cinta. Cinta monyet!

Malu! Malu bila fikiran sebegitu terlintas di minda, tapi bila teringatkan sikap Heidi itu, buat aku jadi bengang.

Memandang Heidi semula, aku jadi tambah bengang. Boleh dia senyum malu-malu macam tu? Dalam kata lain, sedang tahan tawa! Lucu sangat ke kata-kata dari hati aku tadi?

It’s funny... very funny, when a ‘duda’ has fall in love, right?”

“Eh, tak... saya tak kata macam tu.” Dia cepat-cepat membetulkan, tapi tak lama kemudian dia ketawa kembali. “Tapi... jujur saya kata, how sweet you are, Encik Amsyar.” Dia menggeleng-geleng.

“Saya serius Heidi.” Aku ketap bibir. Terasa diperbodoh!

“Betul, Encik, I’m not her Mama.”

Makin aku tersentak. Benci sangat ke dia pada aku, sampai begitu sekali dia mengenepikan Amnah!

But one thing you should know, I’m not your Heidi too. Clear?”

Mata aku menyepet. Masih kelam. Game apa ni? “What?

Dia dan si lelaki di sebelahnya itu cuma senyum dan angkat bahu. “Just wait and see...”

“Na!” serentak itu, seorang wanita mendekati kami dalam kalut. “Sorry, sorry... ramai sangat dalam toilet tadi...”

Aku pandangnya sekali lalu sebelum aku menganga sendiri. Heidi! Bila memandang aku, dia ikut gamam. “Awak buat apa kat sini?”

“Heidi?” aku tanya, minta kepastian tapi bila melihat muka gamamnya dan ditambah pula dengan soalan itu, aku jadi yakin. “What’s this?” aku tanya lagi, pada pasangan tadi pula.

What is it?” Si ‘Heidi palsu’ tadi bertanya kembali sebelum dia kalih ke tepi, memandang lelaki tadi. “Bang, dia tanya tu, jawab jangan tak jawab...”

Dan-dan lelaki itu ketawa. Sekali lagi terasa aku diperbodoh. “Answer it yourself.” Jawab dia ringkas sebelum berlalu diikuti wanita di sebelahnya. “Di... lima minit, kitorang tunggu kat Food Court.” Sempat dia berpesan.

Dan Heidi yang asal ini cuma mengangguk sebelum dia pandang aku kembali. “Buat apa kat sini?” tanyanya.

So,” Aku silangkan tangan ke dada. Tunjuk lagak. “Parkson ni ada hitam putih kata hak milik awak sekeluarga ke?”

“Sarkastik.” Perlahan dia menggumam tapi masih sampai di pendengaran aku.

“Siapa tadi tu?” aku soal kembali.

“Itulah Mak Long...” Amnah menjawab laju. “Tadi Amnah nak kenalkan diorang kat Papa, Papa tak nak...”

“Mak Long?” aku pandang Amnah yang sudah melekat di sisi Heidi itu dan dia angguk bersungguh cuba meyakinkan aku. “Mana Amnah tahu?”

“Kan hari tu Amnah tidur rumah Mama.”

Aku angguk lambat. Kemudian, aku pandang Heidi semula sambil sebelah kening kuangkat. “Mak Long...”

Dia menggeleng laju. “Halina yang tiba-tiba bahasakan diri macam tu, Amnah ikutlah.”

“Halina?”

“Along saya.”

Dan aku angguk lagi. Kenapa muka macam copy-paste sangat? “Yang lelaki tu siapa?”

“Abang ipar!”

“Buat apa dengan dia kat sini?”

Heidi pandang aku lama, dengan senyuman yang bagai nak mencincang lumat tubuh aku ni. Tapi mungkin kerana masih ada Amnah bersama kami ini, dia tetap menjawab soalan aku. “Shopping.”

Aku tayang muka pelik. Shopping... dengan abang ipar?

Heidi mendengus melihatkan riak yang aku tunjuk. “Cari hadiah untuk Along... hari ni her birthday. Abang Eiq... a.k.a Abang Long nak belikan dia kasut. Walaupun dia dah tahu saiz, tapi untuk pilih yang betul-betul padan, dia pinjam kaki saya. Sebab kaki saya ni, tak pun seluruh badan saya ni, copy-paste aje dari dia! Puas hati?”

Aku mencebik. Tutup malu sebenarnya.

“Sekarang ni lima minit dah lepas, saya kena cari diorang. Tergendala plan kitorang!” dia mendengus lagi. Sejenak, dia tunduk memandang Amnah. “Amnah nak ikut akak?”

Berubah terus ton tu bila bercakap dengan Amnah.

“Mama nak pergi mana?”

“Nyanyi... makan kek... enjoying! Nak?”

“Nak sambut birthday party eh?” mata Amnah membulat. Teruja.

“Pandai.” Heidi cuit hidung Amnah sekali. Kemudian, tanpa pamitan, dia tarik tangan Amnah nak berlalu ke escalator. Mujur sempat aku menghadang laluannya.

“Masalah apa sebenarnya ni?” dia bertanya bosan.

Aku cuma diam dengan tangan bersilang di dada. Tak tahu nak kat apa, tapi untuk biarkan dia pergi saja, rasa tidak kena. Ada yang harus aku katakan. Aku tarik nafas panjang, dan baru sahaja aku nak buka mulut bersuara, dia sudah berkata-kata terlebih dahulu.

Look, saya tahu saya salah, ambik barang awak tanpa izin. Saya mengaku, and dengan sepenuh hati saya, saya mintak maaf banyak-banyak. Ikhlas! Sekarang pleaselah, saya dah janji nak sambut birthday Along hari ni...”

Ambik barang tanpa izin? Sekejapan itu, minda aku teringat pada kotak koleksi yang dia minta Amnah untuk pulangkan pada aku pagi tadi. Koleksi CD kenangan antara aku dan arwah Min juga Amnah. Antara hobi aku suatu waktu dahulu, merakamkan setiap detik yang berlalu untuk menjadi tontonan bersama semula. Tapi sayang, sekarang, handicam itu pun sudah tak tahu mana letaknya. Terlalu kecewa dengan pemergian Min dulu, buat aku ambil keputusan untuk tidak lagi menggunakannya.

“Awak tengok ke CD tu?” aku soal terus. Dapat modal untuk terus bersuara.

Lambat-lambat Heidi angguk diikuti dengan keluhan kecil. “Saya tengok, and sebab tu... saya rasa menyesal sangat sangat dengan apa yang saya buat sebelum ni.”

“Menyesal?” aku kerutkan kening. “Awak buat apa?”                           

“Saya tahu yang awak tahu, yang sebelum ni saya cuba nak ambik tempat arwah di hati awak. Tapi sekarang, saya sedar yang saya tak boleh. Saya takkan boleh ganti tempat dia di hati awak, and jugak Amnah. She is the best for both of you, forever and ever. Saya tahu saya salah, for having kind of that feeling. Sebab tu, saya mintak maaf sangat-sangat dan kalau awak nak, saya setuju untuk tak ganggu family awak lagi lepas ni. Promise.”

Sentap, aku merenungnya geram. “So easy, uh?”

Heidi diam, tak tahu nak jawab apa barangkali.

“Habis tu, macam mana dengan Amnah? Beria-ria dia panggil awak Mama, awak tak tersentuh? Salah awak! Awak yang dah bagi dia harapan! And me, how about me?”

Heidi pandang aku cepat. Tak memahami. Tak lama, seulas senyum yang terbit di bibirnya bagai menggambarkan sesuatu. Aku angguk, cuba mengiakan apa yang dia fikirkan. Makin lebar senyumnya. Tangannya aku lihat menggenggam kemas tangan Amnah.

“Awak takkan halang saya jumpa Amnah?” soalnya membuatkan aku rasa bagai nak ketuk saja kepalanya tu. Salah faham rupanya!

“Asalkan antara kita bertiga ada ikatan.”

“Haaa?”

Be my wife.”
============================
HIDAYAH & AMSYAR

                “Hey,” ada suara yang memanggil dari belakang membuatkan Heidi yang sedang asyik merenung satu bingkai gambar itu berpaling.

                “Yeah?” sebelah keningnya diangkat.

                “Tengok apa?” si penyeru itu mendekati.

                Heidi pandang dia. “Nothing.” Dan dia senyum. Bahu diangkat.

                “Nothing?” Amsyar ikut angkat kening. “Tercegat dari tadi tengok dinding ni... orang panggil tak menyahut, and you are just saying it’s nothing?”

                Heidi cuma senyum. Tahu yang Amsyar sekadar bertanya tanpa perlukan jawapan, dia cuma pilih untuk terus diam. Pandangan terus fokus pada bingkai gambar yang terlekat di dinding itu. Wajah seorang wanita yang berambut perang menjadi santapan mata dia dari tadi.

                Min.

                Mungkin, seulas senyum inilah yang menambat hati Am dulu.

                “Dia cantik, kan?” satu soalan terpacul dari bibirnya, dan serentak itu dia pandang Amsyar. Senyum di bibir sengaja diukir, tanda dia bukan sedang dalam aura mencemburui atau seumpamanya.

                Amsyar ikut senyum. Kedua-dua belah tangannya diseluk ke dalam saku belakang jean, dan serentak itu bahunya diangkat. “Nak abang jawab apa?”

                “Tak perlu jawab apa-apa.” Putus Heidi akhirnya. Sebab jawapan itu memang dia sudah tahu.

                Min memang cantik.

                Min manja.

                Min matang.

                Min taat.

                Dan Min yang terbaik buat abang.

Bukan Amsyar yang ucapkan itu, tapi Heidi sendiri tahu semua tu. Cukup terbukti dengan rakaman kenangan antara mereka dulu.

Tapi sekarang, Min sudah tak ada. Yang ada hanya Heidi dan Amsyar. Juga Amnah. Apa yang Heidi tau, Heidi akan cuba buat yang terbaik. Heidi akan cuba jadi macam Min. No... no, Am kata, jangan cuba untuk jadi macam Min, tapi make sure Heidi boleh buat lebih dari Min!

And yes. Kalau Min boleh, kenapa tak Heidi?

 “Jom,”

“Ke mana?”

                “Granny dengan Granda Amnah dah tunggu kat luar tu. Dari tadi bising nak jumpa anak perempuan dia ni...”

                Heidi ketawa. Mr. Dan Mrs. Smith datang dari Belanda ke Malaysia semata-mata untuk menjenguk pengganti Min. Cukup sesuai ke tidak untuk jadi ‘Min’ dalam hidup Amsyar... dan Heidi akan pastikan, Heidi lebih dari sesuai untuk jadi lebih dari ‘Min’ dalam hidup mereka.

Min, Heidi janji, Heidi akan jaga abang, jaga Amnah, jaga rumah tangga kami, macam nyawa Heidi sendiri. Min adalah idola Heidi!

P/S: Support me by hit like and yesss, comment means thousandss to me. The tukang tulis. Peace. 

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

35 comments:

  1. menarik..
    cant wait for the next..
    hihi

    ReplyDelete
  2. team bola sepak ngara tu...bgi nma sket...

    >>k<<

    ReplyDelete
  3. best... best, sgt best!

    ReplyDelete
  4. Sangat menarik....
    Lain dari yang lain..... #^_^

    ReplyDelete
  5. best2 just ada kemusykilan sket~ min meninggal sbb apa? eksiden ke? saya xtahu kalau2 saya ada terlepas pandang ke apa~ anyway sangat2 best writer! gud job~ :D :D

    ReplyDelete
  6. sambung la... tak pun buat e-novel... best sgt cerita ni... tak puas la nak lagi

    ReplyDelete
  7. Menarik cerita nie... Sambung g plz, nak tau endingnye...

    ReplyDelete
  8. Sweet. Klo dpanjangkan lagi mesti best. Good job. Hehehe

    ReplyDelete