Bagaimana satu-satu proses penulisan tu bermula? [Pertanyaan]

by 2:11 PM 3 komen
Assalamualaikum dan salam sejahtera. =)

Okeh straight to the point.

Aku ada dengar soalan yang diajukan live depan aku sendiri, tapi bukan untuk aku.
[sejujurnya kalau diajukan khusus untuk aku, hehh memang menggagaulah nak menjawab].

"BAGAIMANA SATU-SATU PROSES PENULISAN TU BERMULA?"

Kat FB dan blog pun aku tengok tak kurang yang tanya soalan tu -pun semua soalan bukan untuk aku-. DAN most of the questions tak dapat jawapan. Sodeh nengok. Tapi aku pun tak dapat nolong sebab aku pun tak reti how and what to jawab.  rojakmelanda

Sampailah satu masa, aku pun dapat inbox berupa soalan yang sama. Masa tu serius tak tipulah, tahap blur tu. Aku baru ada sebijik novel kut, dan tak sampai setahun pun lagi berjinak-jinak dalam dunia ni, jadi untuk bagi jawapan kepada soalan tu... sangat rumit ya. 

Heee.

Maka, jawapan aku pun, rasanya sedikit-sebanyak akan menghampakan si dia yang bertanya tu. [maap] 

Jadi di sini aku nak tanyakan soalan tu untuk kalian pulak, kalau kalian ni memang orang menulis lah. Huhu. 

Orang menulis = [ tulis cerpen ] , [tulis novel ]. maksud aku menulis benda tu. menulis cara online ke memang dah ada versi cetak, don't matter.

Contoh aku ada dengar jawapan Kak Melur Jelita, bila ditanya soalan ni. 
Katanya, "sebenarnya sia-sia kalau awak tanya soalan tu kat akak dik. Sebab akak memang menulis ni tak ada bakat pun, akak membelasah saja. Akak lemah dalam BM dan BI... Penulisan akak pun spontan saja. Jujur kata akak main belasah je." ==> Serius kata bukan sebijik-sebijik yang aku tulis ya. Lupo den.

Masa tu mungkin adik/abang/dia tu take that 'belasah' tu sebagai point penting. Okey la kira jawapan Akak Melur tu kan. Penulisan cara belasah ni syok okeh. Heh.

Kalau soalan ni dapat live kat aku, selain menganga, memang tak tahulah jawapan apa yang boleh aku fikir. 

TAPI, tapi tapi tapi, cubalah awak bayangkan kan. 
Kalau yang bertanya tu LELAKI.
Dan masih MUDA. Muda maksudnya, maybe sekolah menengah lagi. Umur yang orang kata otak fresh lagi walaupun keinginan untuk tulis benda pelik-pelik tu melonjak lagi.
Dan soalan tu, pada pikiran aku, biasanya diajukan oleh orang yang memang belum start apa-apa pun lagi, tapi KEINGINAN dia serius membuak-buak untuk bergelar penulis. 
Jadi bila dia tanya soalan macam tu, dan tak mendapat jawapan, tak ke sayang. Ngehngeh.

Aku memang sayang kalau orang lelaki yang elok-elok nak start menulis, tapi don't know where to start, jadi kelam, kemudian givap. Oh no no no. Sila jangan. Penulis lelaki rare sekarang ni wak oih.

Jadi boleh tak aku tolong diorang tagih jawapan kat sini? Kut ada yang boleh kasi komen ringkas? Haha. Sejujurnya jawapan tu untuk aku sendiri jugak, nak jugak tahu macam mana orang lain menulis. 

Sila jawab ya o_O. Anggap ni soalan yang ketuk inbox awak nanti. Tak jawab nanti readers kata apa? Kedekut ilmu! Eheh.

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

3 comments:

  1. kadang-kadang penggunaan belasah boleh mencetuskan keunikan dan kekritisan :)

    ReplyDelete
  2. most writer pun lebih prefer cara tu. lebih kreatif, lebih saspen, lebih segalanya. haha XD tp masing2 lain org lain cara kan. sbb tu boleh muncul soalan begitu. kot?

    ReplyDelete