Aku Mahu Hanya Kamu 28

by 10:18 PM 3 komen

Termasuk kali ni, dah tidak terkira berapa kali Amir meraup muka. Menyesal tak sudah. Keadaan bilik tidak terjaga. Puan Rina dan Encik Ezany tengah sibuk packing barang, nak bertolak ke majlis nikah Farhan esok. Tapi Amir masih melingkar di katil dengan hanya short pant di tubuh. Malas nak bangun. Rasa macam melayang terbang je semangat ni...
 ============================
            “Solehah!” Solehah yang berwajah tegang dan Ana dengan muka bersalah serentak menoleh. “siapa ajar kau jadi kurang ajar macam ni ni?!”

            Solehah tunduk merenung lantai. Sebenarnya merenung pemberian Abahnya kat atas lantai. “Handphone aku...” perlahan suaranya menahan tangis.

 “Sebab telefon tu kau nak tengking dia sampai macam tu? Jangan bodoh sangat boleh tak?”

Bodoh. Rasanya tu first time sebut benda tu kat dia. Biasanya... bengap. Bongok. Senget. Bangang. Bengong. Tak ada yang over.

“Kalau sekali duduk diam tak boleh ke? Asyik buat kacau aje kerjanya... baik tak payah jemput je tadi. Cakap ikut sedap mulut. Menyusahkan.” Amir... kenapa sampai nak mengungkit? Kau yang cakap ikut sedap mulut. Dia tak menyusahkan... “agak-agak kalau aku tak jemput tadi macam mana kau balik? Tak reti bersyukur langsung.” Kau yang beria-ria nak jemput. Dan sebab ayat tu la...

Fine. Aku call acap.” Solehah berlalu dengan mata merah.

Belum sempat Solehah melintasinya, lengan gadis itu dicengkam kemas. “Kau nak ke mana?”

“Lepaslah!” Solehah merentap tapi ternyata cengkaman Amir lebih kuat.

“Kau nak ke mana?” Amir menyoal lagi dengan nada naik satu oktaf.

“Nak cari public phone la! Lepaslah... tolong respect orang sikit boleh tak?!” Solehah membalas sambil berusaha melarikan lengannya.

“Ada kau respect PA aku? Tengking macam dia tu orang tak ada muka.”

“Lepas la Ijat...” jelas bibir Solehah makin bergetar.

 In your dream.” Tegas Amir berkata. “Say your ‘sorry’ first then I’ll let you go.”

“Bos...” Ana bersuara.

“Awak diam.” Pintas Amir tanpa memalingkan muka dari Solehah. Ana kian tak senang duduk. “Budak macam ni kadang-kadang kena ajar. Say that.

Dan mungkin sebab tu la, Solehah yang biasanya senang je nak cakap ‘sorry’ tu berdegil. “Tak nak.” Wajah dialih ke lain.

“Susah sangat ke nak cakap sorry? Ego.”

“Dah kalau aku tak nak ada masalah ke?” Solehah memberanikan diri mendongak, membalas renungan tajam amir.

I said, SORRY!” Amir mencerun.

Dan Solehah takkan boleh tahan bila ditengking begitu, laju je pipinya basah. Lengan yang masih dalam cengkaman Amir ditarik  ke mulut sendiri membuatkan tangan Amir turut tertarik.

Ouch! Sakitlah O-leh.” Automatik lengannya dilepaskan. Amir menggosok-gosok lengan sendiri. “Sejak bila kau pandai gigit-gigit orang ni?!”

“Rasakan. Kau nak sangat kan? Lain kali jangan paksa aku.” Solehah menonong keluar dari office tu. Dan handphonenya, tak dikutip. Tak ada hati nak kutip. Mungkin sebab handphone tu dia jadi ‘bodoh’. Akhirnya dikutip Amir yang tiba-tiba je rasa menyesal. Sehinggakan Ana yang tak bersalah apa-apa pun turut diberi renungan maut.
 ==============================
 “Bos, budak tu suka bos.” Sebaris ayat yang dibuat melalui panggilan telefon dari mulut Ana pagi tadi juga buat fikiran bercelaru.

“Ada masalah ke kalau dia suka saya?” keras Amir membalas. Marah bila dikacau time otak tengah kusut.

No... just... hari tu. Saya yang salah. Dia tanya saya suka bos tak, saya cakap tak. Dia macam tak percaya, tapi dia tak tanya dah. Then bila saya panggil dia, dia terkejut. Suara saya kuat sangat kot bos. Sebab tu dia marah...”

Sebenarnya cerita Ana tu langsung tak membantu. Kalau Ana tak cakap pun dia dah tak marahkan O-leh dah. Sebab Amir sendiri yang salah. Tak sensitif. Mestilah dia marah bila handphone pemberian Abah jatuh cium lantai macam tu. Lantai pulak lantai mozek.

Amir... kau yang bodoh. Dan sekarang, O-leh langsung tak layan kau. Memang padan la. Bila call Noriez minta pass telefon tu kepada Solehah, macam-macam alasan. Yang tak tahan, suara pun tak keluar. Biasanya kalau merajuk pun, suara tu dia kasi kuat bila bagi alasan... tapi semalam, nampak sangat O-leh terasa.

Semalam bukan main lagi dia sanggup mencemardulikan keretanya, suruh Ana naik. Pergi rumah Umi, cari O-leh. Apologise. Face to face. Tapi terlambat... diorang dah bertolak ke Kelantan. Sia-sia je nanti kereta kena mandi bunga pasal minah busy body tu menumpang. Aik, menumpang ke? Argh! Lantaklah.

Argh!!! Kusut. Pantas tangan mencapai Nokia E71 yang langsung tak rosak, cuma jam sikit je. Tangan laju mencari nombor seseorang dalam telefonnya sendiri lalu dipanggil melalui telefon itu. Terpaksa gunakan kredit orang lain bila kredit telefon sendiri habis dimakan operator. Lagsung tak berbaloi. “Hello... Ana. Mintak cuti dua hari dengan papa. Usahakan. Saya tak nak dengar alasan, selain yes. Kalau tak, lepas saya cuti semua kerja saya pass kat awak.” Guna kuasa veto. Tau sangat Ana takkan membantah. Salah ke? Salah guna kuasa? Ah... do I care? Siapa suruh cari pasal dengan awek aku.

Ana yang asalnya terpinga-pinga mula dapat tangkap apa yang dikatakan. “Saya memang cuti bos. Nak ke kampung tunang saya.”

Amir terdiam sesaat. Macam ni ke anak bos? PA cuti tak tau menahu?

“Cuti saya dah apply dengan Encik Zani.”

Good... then terbukti aku tak salah. “Okey.”

##peace.

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

3 comments:

  1. best. tp pendek ckit kali ni... ^^

    ReplyDelete
  2. serius sy dh start nk angau dengan amir.. kikiki.

    ReplyDelete
  3. anon, erin: hee. jgn lelebih sudah... dah ada yg punya tu.

    ReplyDelete